
HYUNDAI BUAT IKLAN AJAR RAKYAT BRITAIN SEBUT JENAMA DENGAN BETUL – ‘HYUN-DAY’ BUKAN ‘HY-UN-DAI’
Hyundai melancarkan iklan baharu yang bertujuan memudahkan rakyat Britain menyebut jenama itu dengan betul, daripada ‘Hy-un-dai’ kepada ‘Hyun-day’.
Iklan itu bermula dengan seorang lelaki menggunakan arahan suara untuk mencari arah ke pengedar Hyundai tetapi menyebut ‘Hy-un-dai,’ namun arah ditunjukkan adalah ke salun rambut yang dipanggil ‘High ‘n Dye.’
Beberapa watak lagi melakukan kesilapan yang sama dan diarahkan ke pelbagai tempat lain, termasuk kedai ‘Hawaiian Tie’ serta trak makanan ‘High and Pie’.

Selain cukup menghiburkan, iklan tersebut menceritakan betapa seriusnya Hyundai dalam mengubah persepsi mengenai jenamanya. Kempen pengiklanan tersebut akan disiarkan di seluruh TV, radio, perkhidmatan penstriman dan dalam talian di United Kingdom.
Jualan tahun ke tahun Hyundai di UK telah meningkat sebanyak 47 peratus. Ia bakal mempertaruhkan Ioniq 6 ke pasaran itu pada 2024 sebagai sebahagian daripada strategi EV Hyundai.
Apakah cara yang lebih baik untuk mencipta strategi pemasaran daripada membetulkan keseluruhan pasaran kerana salah menyebut namanya?
Nasib baik, nama model Hyundai mudah disebut. Ioniq 5, pemenang anugerah CarBuzz People’s Car, ialah EV kontemporari yang fokus kepada keselesaan dan mewah dengan jarak 440km.
Ini adalah salah satu cara untuk jenama Hyundai maju ke hadapan serta memudahkan pengguna untuk mengingati jenama mereka dan setia. Sebahagian daripada strategi itu termasuklah perjanjian dengan kilang pengeluaran bateri kenderaan elektrik buatan sendiri di negeri Georgia.
Selain Ioniq 5, model enjin pembakaran dalaman juga memasuki senarai pemenang Anugerah CarBuzz tahunan. Anugerah CarBuzzFamily Fun dimenangi oleh Hyundai Palisade, sebuah SUV bersaiz sederhana.
Kedua-dua jentera berkenaan membuktikan kebolehan jenama itu untuk meneraju segmen automotif pada harga yang berpatutan. Oleh itu, adalah penting buat Hyundai bagi memastikan jenamanya disebut dengan betul pada masa hadapan.
- BACA: INI ADALAH KESALAHAN EJAAN YANG SERING BERLAKU UNTUK JENAMA KERETA. WOLKSAGEN, HUNDAI ATAU TELSA?
- BACA: PELANGGAN PORSCHE, GENESIS DAN TOYOTA PALING SETIA
- BACA: ASAL USUL NAMA MAZDA DAN LOGO KLASIK MEREKA YANG PELIK
- BACA: HYUNDAI KINI PENGELUAR KERETA KETIGA TERBESAR DI DUNIA. ATASI GENERAL MOTORS, NISSAN DAN STELLANTIS