Artikel Pilihan

INI CARA MOTOGP PASTIKAN PERSAINGAN TEAM KAYA DAN TEAM MISKIN SENTIASA KOMPETITIF

Setelah lebih 26 tahun menganjurkan MotoGP, Dorna telah memcuba pelbagai cara yang berbeza untuk memastikan ianya kekal berdaya saing. CEO Dorna sendiri, Carmelo Ezpeleta menyedari yang perlunya keseimbangan wujud antara pasukan/team syarikat pengeluar dan team privateer (persendirian).

Beza kedua pasukan ini tentulah pada bajet dan kepakaran di mana pasukan syarikat pengeluar mempunyai banyak kelebihan. Oleh itu, Ezpeleta berhasrat memberikan nafas baru kepada MotoGP dengan memberikan bantuan jutaan Euro kepada kedua-dua pasukan bagi memastikan persaingan kekal adil.

Menjelang musim MotoGP 2018 ini mari kita lihat apakah bantuan yang akan diberikan Dorna kepada pasukan yang bertanding.

  1. Semua pasukan privateer/persendirian akan menerima 2 juta Euro bagi setiap pelumba mereka. Ini bermakna semua pasukan persendirian akan menerima 4 juta Euro kerana masing-masing mempunyai 2 pelumba setiap pasukan.
  2. Wang yang diperolehi pasukan persendirian akan digunakan untuk membayar ‘sewa’ motosikal ataupun jentera perlumbaan kepada syarikat pengeluar. Berdasarkan perjanjian antara Dorna dan syarikat pengeluar, motosikal yang disewakan kepada pasukan persendirian tidak boleh melebihi kos 2.2 juta Euro.
  3. Dorna akan membayar 1 juta Euro untuk setiap pelumba bagi pasukan pengeluar/kilang. Dan jika mereka memiliki 4 motosikal di grid seperti pasukan Ducati, Yamaha Movistar dan Repsol Honda tahun 2018, mereka akan menerima 2 juta Euro lagi dari Dorna.
  4. Suzuki dan KTM yang tidak memiliki 4 buah motor di grid tidak akan menerima wang 2 juta Euro ini.
  5. Ini bermakna pasukan seperti Ducati yang memiliki 8 motosikal di grid (4 pasukan), selain menerima 2 juta Euro dari Dorna mereka juga akan menikmati bayaran sewaan sebanyak 12 juta Euro dari pasukan Alma Pramac, Angel Nieto dan Reale Avintia Racing. Honda akan memperolehi sewaan 10 juta Euro dan Yamaha sebanyak 6 juta Euro.

Jika kita lihat akan aliran kewangan secara ringkas untuk musim 2018 ini, syarikat persendirian akan mendapat bantuan khas untuk mengurangkan beban sewaan motosikal yang terpaksa ditanggung mereka selama ini (harga sewa jentera MotoGP ni berkali ganda lagi mahal dari jentera orimotor tersohor tau).

Bukan itu saja, pasukan rasmi/kilang juga akan menikmati aliran dana yang lebih baik ke ke poket mereka bagi memastikan mereka kekal kompetitif untuk musim 2018 ini.

BACA: TAHNIAH HAFIZH SYAHRIN! SAH BERLUMBA DALAM MOTOGP 2018 BERSAMA PASUKAN MONSTER YAMAHA TECH3

Okey mana Dorna dapat duit banyak-banyak untuk diagihkan kepada setiap pasukan ni? Dorna merupakan syarikat yang diberikan hak untuk menganjurkan MotoGP oleh FIM sejak tahun 1992. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan jutaan Euro setiap tahun hasil dari hak penyiaran TV, iklan dan promosi.

Semua itu membolehkan Dorna membuat keuntungan yang besar setiap tahun. Bantuan yang diberikan ini lebih merupakan pelaburan untuk memastikan MotoGP lebih kompetitif dan bakal menarik perhatian lebih ramai peminat. Lebih ramai peminat lebih banyak duit masuk.

 

Google ads
Back to top button