Motosikal

JENTERA STREET YAMAHA MT-10!

Yamaha Motor Co., Ltd. semalam mengumumkan pelan untuk melancarkan model street Yamaha MT-10 ke pasaran Eropah menjelang akhir Mei 2016.

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (2)

Jentera itu bakal dipamerkan pada acara EICMA 2015 yang berlangsung di Milan, Itali mulai esok.

Motosikal berprestasi tinggi ini dipacu oleh unit enjin 988cc empat silinder dengan sistem penyejukan cecair dan crossplane crankshaft. Enjin sama yang digunakan untuk menggerakkan model supersports Yamaha YZF-R1.

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (3)

Pembangunan model baru ini sebenarnya sudah dirancang untuk menjadi model utama siri MT. Ia menggabungkan konsep ‘prestasi sports street dengan pengendalian terbaik’, selain ‘versatil dan kefungsian yang menyeronokkan’.

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (12)

Antara ciri utama Yamaha MT-10 ialah enjin dengan tork berkuasa pada kelajuan rendah dan sederhana. Di samping chasis yang menawarkan pengendalian lincah menerusi tapak roda pendek 1,400mm (sama seperti model MT-07).

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (5)

Yamaha MT-10 menawarkan posisi tunggangan yang sesuai untuk apa jua situasi. Ia juga didakwa mudah dikawal sama ada ditunggang secara agresif atau santai.

Gayaan luarannya yang futuristik itu direka berdasarkan kepada konsep rekaan “The King of MT”. Sebagai model penting, Yamaha MT-10 dipasang dengan pelbagai fungsi seperti sistem kawalan jelajah dan banyak lagi.

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (8)

Sedia maklum bahawa Yamaha Motor telah memperkenalkan “MT World” yang berasaskan kepada konsep Torquey x Agile demi memberi satu karekter baru kepada motosikal. Bermula dengan MT-09, Yamaha Motor kemudian membangunkan rangkaian produk MT yang merangkumi MT-09 TRACER, MT-07, MT-03 dan MT-25.

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (11)

Yamaha Motor mensasarkan untuk menjual 3,500 unit Yamaha MT-10 pada tahun pertama ia diperkenalkan.

GALERI

Yamaha-MT-10-2016-mekanika (1)Yamaha-MT-10-2016-mekanika (6)Yamaha-MT-10-2016-mekanika (9)Yamaha-MT-10-2016-mekanika (10)Yamaha-MT-10-2016-mekanika (13)

Google ads
Back to top button