Modifikasi

KANCIL KUNING PROSPEC

Mula-mula tengok kereta ini, saya ingatkan jenamanya ada kaitan dengan aksesori badminton. Raket Prospec. Tetapi bila diberitahu ia merupakan satu jenama audio, barulah saya sedar. 

DSC_0003

Tidaklah melucukan apabila ada dua nama sama digunakan untuk dua produk berbeza. Sama macam jenama McIntoch. Bagi mereka yang tidak biasa dengan dunia ICE, pasti menyangka ia produk keluaran syarikat Apple. Padahal McIntoch adalah jenama premium yang diasaskan oleh Frank McIntoch di Amerika Syarikat.

Pernah satu ketika dulu ada kawan saya sangka pelekat Mines yang ditampal pada kereta ialah unit promosi pusat beli-belah Mines di Sri Kembangan. Sedangkan Mines ialah tuner enjin di Jepun, sama seperti Tomei, HKS dan Greddy. Pelekat Spoon pada kereta Honda jangan ceritalah. Sehinggakan isteri saya pernah tanya kenapa pelekat ‘sudu’ pun nak diagung-agungkan? Nama memang boleh mengelirukan.

DSC_99991

Berbalik pada kereta Kancil kuning yang kami temui di Shah Alam. Ini ialah kereta  demo yang dimiliki oleh pengeluar produk audio Prospec. Namanya mungkin agak asing, tetapi jenama ini sebenarnya sudah bertapak dalam industri sejak 10 tahun lalu.

Sebagaimana pengeluar sistem audio bebas yang lain, produk Prospec lebih tertumpu kepada pasaran Sound Pressure Level (SPL). Masalah utama apabila menjual produk SPL, anda wajib membina kenderaan demo terbaik untuk dijadikan bukti bahawa produk itu memang benar-benar bagus.

DSC_0017

Kereta ini dikepalai oleh pemain utama Alpine CDA 9833. Apakah yang menarik mengenainya? Ia ada fungsi MP3 dan WMA, selain penala dalaman untuk pembahagian frekuensi mid dan sub.

Senarai keupayaannya tidaklah panjang. Namun kemampuannya mengatur keseluruhan sistem masih boleh dipuji. Buktinya dapat dilihat dengan kawalan terus dilakukan menerusi pemain ini tanpa menggunakan sebarang pre-amp ataupun pemproses sekunder.

DSC_0006

Sambungan sistem dibuat kepada empat buah amp monoblok dan sebuah amp 4 saluran Prospec DB4125. Diagram awalnya ialah susunan 8 unit mid 6 inci yang dipasang bertentangan dengan perumah sub.

Dengan saiz but Kancil yang kecil, penambahan 8 buah tweeter dibuat pada hujung siling, tetapi masih lagi memberi ruang kepada sub di belakang tanpa masalah besar. Pendek kata, susunan mid dan tweeter ini dibuat sebagai asas sebelum kotak-kotak sub diukur untuk memuatkan 8 sub berikutnya.

DSC_0008

Lapan unit sub ini mendapat kuasa daripada empat buah amp Prospec siri Ultimate. Keseragaman bunyi bass kereta ini memang padu dengan memperlihatkan saluran kuasa yang mencukupi untuk dipandu oleh amp tadi. Sebenarnya, ia bukan sahaja berdasarkan jenis sub, teknik pemasangan juga memainkan peranan penting.

Poliferasi pemasangan berbentuk V dengan penggunaan kotak kedap sepenuhnya mampu menghasilkan gumpalan bunyi yang jitu. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bilangan sub yang sedikit mampu menewaskan sub yang lebih banyak jika ia dipasang dengan betul. Bagi sebuah kereta demo SPL, kemampuan mempersembahkan hasil bunyi sub adalah amat kritikal kerana orang menilainya dari sudut itu.

DSC_0027

Kalau diikut standard industri, keseluruhan pemasangan yang dibuat pada Kancil ini mungkin tidak kemas. Wayar di belakang tempat duduk kelihatan berserabut. Susunan bateri, kapasitor digital dan mounting power ampnya mungkin agak bercelaru.

Tetapi apa yang harus dipuji, ia sebuah kereta yang mencapai matlamat demonya. Dalam pertandingan audio di Karnival Mesra Belia Pandan tahun lepas, kereta ini mendapat tempat pertama bagi kategori Audio Terbaik.

DSC_0001

Syarikat audio yang memperkenalkan jenama baru di pasaran bukan sedikit. Membandingkan produk A dengan B, C, D hingga Z memang memeningkan kepala. Atas alasan itu juga, kereta demo begini selalunya menjadi penanda aras di depan premis sebelum pelanggan berjaya dipujuk. Lazimnya taktik ini memang berjaya.

[hr]GALERI

DSC_0002DSC_0009DSC_0010DSC_0011DSC_0012DSC_0013DSC_0016DSC_0022DSC_0023DSC_0025DSC_0026DSC_0028DSC_0031DSC_0034DSC_00291DSC_00071DSC_99981

 

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button