Stail

LIGA KAREKTER SYAZWAN ZULKIFLY

SEHARI selepas Kuala Lumpur berhujan tanpa henti, rencana pertemuan bersama Syazwan Zulkifly yang berlokasi di Istana Budaya cukup merisaukan. Cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak mengganggu apa sahaja aktiviti luar, apatah lagi sesi fotografi.

syazwan zulkifli (23)

Pagi itu, cuaca agak mendung. Namun semangat aktor berkredibiliti ini berkobar-kobar. Lama tidak bertemu mata itu satu hal. Satu perkara yang memacu adrenalinnya untuk mekar bak bunga kembang pagi ialah peluang fotografi berkereta yang jarang-jarang dilakukannya.

syazwan zulkifli (14)

“Selalunya bila ada fotografi, kalau tak digandingkan dengan pelakon wanita, ada pelakon-pelakon lain. Tapi ini dengan kereta, rasa macam model pula,” katanya dengan mata yang tidak lepas memerhatikan trak pikap Nissan Navara yang disediakan Mekanika Malaysia untuknya.

Tambah pelakon yang digilap menerusi drama fenomena Juvana itu: “Saya memang minat trak begini. Senang untuk bawa ‘almari’ baju pergi set penggambaran.”

syazwan zulkifli (1)

Bicara tentang model trak pikap popular, yang mana lebih jantan, mana lebih agresif menjadi salam perkenalan di antara Syazwan bersama jurukamera dan editor laman web ini di lokasi. Saya pula membiarkan mereka bercerita secara lelaki.

Barangkali dengan cara itu, boleh jadi pemanas emosi untuk penggambaran awal pagi. Melanjutkan cerita tentang kereta, Syazwan terheret kisah beberapa bulan lalu.

syazwan zulkifli (16)

“Sebelum ini saya pandu Mitsubishi Triton. Tetapi lepas kemalangan dengan Nabila Huda September lalu, berbulan-bulan trak itu masuk bengkel. Sekarang sudah ‘arwah’, sudah dapat status ‘total lost’ pun. Ini yang pantang tengok trak, tengah kumpul duit untuk beli trak baharu pula. Kalau boleh nak Triton juga,” katanya sambil menjeling kereta yang dipandunya ke lokasi pagi itu.

syazwan zulkifli (20)

Sudah diakui potensi lakonannya, Syazwan Zulkifly kini mara ke dalam liga yang lebih besar. Banyak kali menawan peminat televisyen menerusi drama-drama hebat seperti Jodoh Itu Milik Kita dan Karlos, jejaka 26 tahun itu dinasihatkan oleh beberapa orang kuat dalam industri agar membentuk karakter berbeza dalam lakonan.

Sering diperlihatkan sebagai remaja nakal, imej jalanan itu bukan tidak berjaya memberi impak kepada lakonannya. Tetapi imej korporat dikatakan antara ramuan yang mudah menawan hati peminat drama bersiri khususnya wanita dan kaum ibu.

slider dlm (2)

“Ada juga penerbit mahu saya cuba kekalkan imej korporat, smart dan kemas buat seketika. Mereka mahu saya ubah penampilan supaya tidak stereotaip. Bagi orang nampak dulu, kemudian kalau nak teruskan bawa watak-watak jalanan seperti yang selalu saya buat, teruskan.

“Ikutkan, saya memang suka imej jalanan, lebih dekat dengan realiti. Tetapi, sesekali layan kemahuan penerbit yang katanya audiens suka pelakon lelaki berimej kemas, saya okey sahaja. Seronok juga dapat bergaya macam mat-mat pejabat,” katanya berseloroh.

syazwan zulkifli (24)

Dalam diarinya sudah tercatat judul-judul seperti Suamiku Mr. Perfect 10, Melrose, Takdir Cinta dan Peplum Cinta Hatiku yang menampilkan karakter sebagai lelaki berimej kemas serta segak berkemeja.

Empat tahun dalam industri, lakonan di kaca TV sudah cukup untuk menjadi laluan buat Syazwan masuk ke layar yang lebih besar. Usai kisah remaja nakal Juvana The Movie, Syazwan bakal muncul dengan sebuah filem yang sarat imej lelaki dalam Laga.

slider luar

Filem arah Ismail Yaacob itu menampilkan Syazwan di sisi pelakon handalan seperti Eman Manan, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Nasir Bilal Khan.

“Sebelum penggambaran, saya ingat dunia Laga akan bergerak macam filem seni. Penanda aras saya ialah filem Bunohan. Namun, selepas selesai, saya dapat agak Laga sebenarnya serampang dua mata. Ia sebuah filem komersial yang ada seni,” jelas Syazwan yang berpacaran dengan pelakon dari seberang, Tyas Mirasih dalam filem berkenaan.

syazwan zulkifli (18)

Selain Laga yang akan masuk panggung pada 23 Januari, Syazwan juga menanti sebuah lagi filem, Sunti yang bergenre seram.

[hr]Galeri

syazwan zulkifli (2)syazwan zulkifli (3)syazwan zulkifli (4)syazwan zulkifli (5)syazwan zulkifli (6)syazwan zulkifli (7)syazwan zulkifli (8)syazwan zulkifli (12)syazwan zulkifli (21)syazwan zulkifli (25)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button