Motosikal

KAWASAKI VULCAN S – CRUISER UNTUK SEMUA

Kawasaki ialah senior dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia. Ketika pengeluar lain selesa memasarkan model-model kapcai atau skuter, Kawasaki sudah pun menjadi jenama pilihan bagi pengguna yang mahu menaik taraf jentera masing-masing.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (2)

Biarpun saingan kini semakin sengit dengan penyertaan jenama-jenama lain seperti Yamaha, Honda, Suzuki, KTM, Ducati, Triumph dan sebagainya, Kawasaki bagaimanapun tidak hilang punca. Sebaliknya, ia terus menawarkan model menarik kepada para pengguna.

Terbaharu, Kawasaki Motors Malaysia (Kawasaki Malaysia) memperkenalkan model cruiser popularnya, Vulcan S. Untuk makluman anda sejak tahun 1984 lagi, nama Vulcan sudah cukup sinonim dengan model cruiser berenijin konfigurasi V.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (4)

Secara ringkasnya, Vulcan S mempunyai begitu banyak tarikan. Pertama, harganya yang berada di bawah RM30,000. Bagi sebuah pasaran yang sangat sensitif dengan harga, tawaran sebegini semestinya menarik minat banyak pihak.

Bukan itu sahaja, Vulcan S boleh dikatakan sebagai jentera yang serba lengkap. Bagi mengetahui sendiri keupayaan model terbaharu ini, Kawasaki Malaysia telah menjemput sekumpulan wartawan untuk menunggang uji Vulcan di sekitar Ipoh, Perak.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (5)

Sejujurnya, saya sudah begitu lama tidak berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi. Jadi, rasa teruja bercampur gementar memang tidak dapat disembunyikan. Selepas diberi taklimat ringkas mengenai garis panduan konvoi dan aspek keselamatan, semua peserta tidak sabar-sabar lagi untuk duduk di atas pelana Vulcan S masing-masing.

Oh ya, jarak perjalanan pada hari itu adalah kira-kira 200 kilometer. Cukup jauh bagi saya. Tetapi macam tidak ada apa bagi kebanyakan wartawan otai motosikal yang turut serta.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (8)

Sebaik sahaja suis ditekan, enjin empat lejang parallel twin bersesaran 650cc itu mengaum lembut. Betul, ini ialah enjin sama yang digunakan pada model street ER-6 dan Versys. Cuma, ia telah ditala semula untuk disesuaikan dengan karekter sebuah model cruiser.

Hasilnya, hantaran kuasa dapat diperoleh hampir serta-merta sebaik sahaja pendikit minyak dipulas. Malah, gegaran enjin juga sangat minimum. Jadi, menunggang dalam jarak yang jauh tidaklah terlalu memenatkan.

SONY DSC

Sebagai sebuah cruiser, ketinggian tempat duduknya memang tidak menjadi sebarang masalah kepada mana-mana penunggang. Keselesaan penunggang ditingkatkan lagi menerusi ciri yang dikenali sebagai Ergo-Fit.

Ergo-fit membolehkan kedudukan hendal bar, perehat kaki dan tempat duduk diubah berdasarkan kepada ketinggian penunggang. Sistem itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Extended Reach, Mid Reach dan Reduced Reach.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (7)

Extended Reach sesuai untuk mereka yang berketinggian 6’1” ke atas. Tetapan Mid Reach bagi mereka yang berketinggian 5’7” hingga 6 kaki. Manakala Reduced Reach pula khas untuk mereka yang kurang tinggi iaitu 5’6” ke bawah.

Laluan yang dipilih merangkumi gabungan lebuh raya, jalan kampung dan kawasan bandar yang agak seimbang. Maka, walaupun hanya menunggang Vulcan S separuh hari, saya sudah boleh mengagak karekter tunggangannya.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (9)

Vulcan S sememangnya mudah untuk ditunggang walaupun oleh penunggang novis. Kualiti pengendaliannya banyak dibantu oleh posisi hendal yang rendah dan ringan. Di samping tapak roda yang panjang dan tubuhnya yang tidak terlalu berat.

Penyerap hentakan jenis tunggal itu pula berfungsi dengan baik untuk menyerap apa jua bentuk permukaan jalan yang tidak sempurna. Mengambil selekoh pada kelajuan sedikit tinggi juga agak meyakinkan.

SONY DSC

Secara ringkasnya, Vulcan S memiliki pakej lengkap untuk menarik perhatian peminat jentera cruiser, sama ada lelaki mahupun wanita.
[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button