Artikel Pilihan

KERETA ASIA YANG MERUBAH PANDANGAN KITA

20 tahun lepas jika anda membeli kereta buatan Korea, mungkin anda akan dipandang sebagai makhluk asing ketika memandu kereta tersebut. Mungkin akan ada yang bertanya dengan sinis, OK ke kereta tersebut. Penembusan jenama baru dalam pasaran sebenarnya bukan sahaja dialami oleh kereta buatan Korea.

Malah kereta buatan Jepun satu ketika dahulu turut mengalami stigma yang sama ketika mula dilancarkan di Amerika. Kali ini kita akan melihat semula kereta – kereta lama buatan Asia yang berjaya merubah pandangan terhadap jenama buatan Asia. Mat Saleh ingat orang Asia ini tak pandai ke buat kereta

1. Honda NSX – siapa sangka satu ketika dahulu Honda merupakan pengeluar motosikal kapcai mampu mengeluarkan kereta sport mampu milik dan memiliki kepuasan pemanduan yang lebih baik berbanding dengan Ferrari.

Dari segi kuasa, ia dikuasakan dengan enjin V6 3000cc yang menghasilkan 270 kuasa kuda. Namun enjin dipasang dengan konfigurasi MR pada cesi yang dihasilkan daripada aluminium dan mampu membuat pecutan dari 0-100km/j dalam masa 5.5 saat. Kelajuan maksima jentera ini mencecah 250km/j. Sebagai perbandingan, Chevrolet Corvette C4 ketika itu menghasilkan 245 kuasa kuda dari enjin 5700cc V8

Rekaan luar dihasilkan oleh firma terkenal iaitu Pininfarina, maka tidak hairanlah rekaan luarnya adalah mirip kepada jentera Ferrari. Apa yang menjadikan NSX lebih disukai ialah selain prestasi sangat bagus ialah ergonomik untuk pemanduan yang bagus. Malah NSX juga menyediakan ruang untuk meletakkan barang jika anda perlu singgah ke pasaraya. Everyday supercar.

2. Infiniti Q45 – merupakan percubaan Nissan bagi menghasilkan satu jenama premium baru di bawah Nissan. Jika Lexus LS400 boleh disamakan sebagai lawan Mercedes, Infiniti Q45 merupakan lawan kepada BMW. Ia dikuasakan dengan enjin V8 4500cc yang menghasilkan 278 kuasa kuda dan 396Nm tork.

Sama seperti LS400, kesemua kuasa dihantar kepada tayar belakang menerusi transmisi 4 kelajuan automatik. Roda belakang pula menggunakan rekaan multilink yang dipadankan dengan viscous limited slip differential untuk cengkaman yang lebih baik ketika di selekoh. Penyerap hentakan pula dihasilkan lebih keras bagi pengendalian yang lebih sporti.

Suspensinya pula direka dengan teknologi full active suspension, satu rekaan yang diikuti oleh BMW pada tahun 1999. Maka tidak hairanlah ia digelar BMW killer semasa dilancarkan. Rekaan luarnya dihasilkan oleh Poltruna Frau yang berpengkalan di Itali. Nissan memasang sistem audio dari jenama Bose bagi kualiti audio yang premium.

Namun kegagalan Infiniti untuk memenuhi syarat Fuel Guzzler Tax menyebabkan harganya lebih mahal daripada LS400. Tambahan pula rekaan grill depan tidak disukai oleh pasaran walaupun dinamik pengendaliannya lebih baik berbanding LS400.

3. Lexus LS400 merupakan nama yang meletakkan Toyota sebagai pengeluar serba boleh. Dari kereta kompak, kei car, kereta sport dan juga kereta premium. Rasanya agak kelakar apabila usaha 3 pemain utama automotif Amerika untuk menyekat kemasukan kereta import dari Jepun menyebabkan Toyota bertindak balas menghasilkan LS400

What doesn’t kill you make you stronger. Berbeza dengan Infiniti Q45, Lexus LS400 merupakan produk yang dihasilkan melalui kajian rapi menyebabkan ia berupaya mengatasi jualan BWM dan Mercedes pada tahun 1991 di Amerika. Salah satu keistimewaan LS400 ialah harganya yang murah disebabkan ia berjaya mengelakkan Fuel Guzzler Tax.

Ini kerana Toyota mereka kereta ini supaya senyap sewaktu pembinaan, menggunakan pelapik skru, serta meminimakan penggunaan bahan kedap bunyi yang berat. Hasilnya LS400 menjadi lebih ringan, lebih efisyen, lebih laju dan lebih senyap.

4. Mazda MX-5 Miata merupakan kereta sport yang paling banyak dijual dan paling banyak digunakan sebagai kereta lumba. Salah satu faktor yang menjadikannya popular ialah harganya yang murah. Walaupun hanya dikuasakan dengan enjin 1600cc dan 1800cc tapi beratnya yang ringan menjadikannya ia amat seronok untuk dipandu.

Bagi menjadikan pengendaliannya amat bagus, suspensi depan dan belakang menggunakan double wishbone. Apabila digandingkan dengan cesi yang ringan, tiada siapa yang memberi komplen berkenaan dengan enjin 4 silinder 1600cc yang cuma menghasilkan 116 kuasa kuda. Ia sangat menyeronokkan.

5. Nissan 300ZX Twin Turbo Z32 dilancarkan pada pada tahun 1990. Berbeza dengan Infiniti Q45 yang direka supaya lebih premium, 300ZX merupakan kereta sport yang berada dibawah lambang Z direka untuk prestasi pemanduan. Namun apa yang mengagumkan ialah kejuruteraan yang ada pada model 300ZX Z32 ini.

Enjin yang digunakan ialah enjin V6 3000cc, namun berbeza dengan NSX yaang hadir dengan enjin NA enjin VG 30DETT ialah ia dipadan dengan sistem turbo berkembar lengkap dengan teknologi pemasaan injap VTC. Ia menghasilkan 300 kuasa kuda dan 384Nm tork maksima. Sebagai perbandingan Ford Mustang GT 5000cc hanya menghasilkan 215 kuasa kuda sahaja.

Selain daripada itu, ia turut dilengkapkan dengan sistem 4 Wheel Steering. Tayar belakang ada satu mekanisma yang dikawal secara elektronik yang boleh berputar beberapa darjah dan membantu 300ZX mengambil selekoh laju dengan stabil. Lampu depan pula menggunakan sudut 60 darjah dan tidak menggunakan kaedah pop-up.

Ketika ini Nissan menyedari bahawa lampu pop up mungkin akan diharamkan. Jadi dengan menggunakan kombinasi lampu projektor dan reflektor ia menghasilkan rekaan yang elegan dan bijak. Rekaan lampu tersebut sangat berjaya sehinggakan Lamborghini meminta Nissan membekalkan lampu ini untuk dipasang pada model Diablo

6. Hyundai i30N adalah usaha Hyundai untuk melawan kembali penguasaan model sport prestasi tinggi yang selama ini didominasi oleh Honda, Renault dan juga Volkswagen. Namun sebelum model ini keluar, jurutera Hyundai mencari pengalaman dengan menceburkan diri dalam World Rally Championship

N bermaksud Namyang dimana pusat R&D pertama Hyundai dan juga Nurburgring iaitu lokasi model pertama N dihasilkan. Hyundai membuat pelaburan besar dengan menarik masuk Albert Bierman yang sebelum ini mengetuai divisi M BMW ke untuk mengetuai divisi N Hyundai.

Hasilnya ialah Hyundai i30N yang menghasilkan 271 kuasa kuda dan 353Nm tork daripada enjin 2000cc turbo. Kesemua kuasa dihantar ke tayar depan menerusi transmisi 6 kelajuan. Pecutan dari 0-100km/j dibuat dalam masa 6.4 saat. Ia memiliki semua ciri untuk prestasi tinggi seperti sistem turbo lag, sistem pelancaran launch control dan sistem rev-match

7. Kia Stinger 3.5 V6 siapa sangka Kia mampu menghasilkan sebuah kereta Gran Turismo yang sangat menarik dengan konfigurasi enjin FR berbanding dengan i30N yang mengguankan FF. Namun dalam sesetengah pasaran ia ditawarkan dengan sistem AWD. Rekaan kereta ini diketuai oleh Peter Schereyer yang merupakan bekas jururekabentuk kumpulan Volkswagen

Malah kejuruteraan kereta ini juga digodek oleh Albert Bierman, bekas bos M divisi BMW. Mereka menetapkan kereta ini perlu dibuat dan ditala di Nurburgring sama seperti i30N. Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 2000cc turbo 4 silinder yang menghasilkan 255 kuasa kuda.

Satu lagi pilihan ialah enjin 3300cc V6 turbo berkembar yang menghasilkan 365 kuasa kuda dan 510Nm tork. Kesemua kuasa akan dihantar ke tayar belakang melalui transmisi 8 kelajuan automatik. Pecutan dari 0-100km/j dibuat dalam masa 4.6 saat sahaja di litar seperti yang diuji oleh media permotoran Car&Driver

Google ads
Back to top button