
“KERETA JENAMA KN NI APA BENDA?” LOGO BAHARU KIA CETUS KEKELIRUAN ORANG RAMAI
Kia telah melancarkan logo baharu mereka dengan paparan piroteknik pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, sebilangan pengguna keliru dengan reka bentuk baharu tersebut.
Seorang pengguna Twitter, @Shwinnabego mendapati carian Google ‘Kereta KN’ telah meningkat sejak musim panas 2021.

Lebih ketara adalah ketika Reddit menyiarkan gambar model Kia Carnival. Timbul persoalan seperti “model kereta KN?” yang membuatkan pelanggan Kia sedia ada menggaru kepala.
Data Google Trends menunjukkan kekeliruan ini bukan hanya berlaku di Amerika Syarikat, malah turut berlaku di Australia, Kanada dan United Kingdom dengan carian seperti “KN SUV”, “KN kereta jenama harga” serta “KN kereta jenama elektrik.”

Walaupun terdapat kira-kira 30,000 carian sebulan untuk “kereta KN”, Tyre Meets Road menyatakan “Kia” mendapat 1.83 juta carian dalam tempoh masa yang sama.
Secara keseluruhannya, ia bukanlah berita buruk kerana ini adalah satu bentuk tarikan ditunjukkan oleh pelanggan mengenai kereta keluaran Kia sehingga mereka mencarinya secara aktif. Maka, jelas orang ramai ingin mengetahui lebih lanjut tentang Kia.
- BACA: HYUNDAI DAN KIA TERPAKSA SEDIAKAN PERUNTUKAN RM9.4 BILION, SELESAIKAN MASALAH ENJIN THETA GDI
- BACA: PEMBELI KERETA BAHARU KIA, HYUNDAI DAN GENESIS DI KOREA SELATAN BENGANG. KENA TUNGGU SEHINGGA 30 BULAN
- BACA: KIA GRAND CARNIVAL, PEMASANGAN TEMPATAN LAGI MEWAH. 7 ATAU 8 TEMPAT DUDUK
- BACA: TULAR ‘KIA CHALLENGE’ DI TIKTOK, KES KECURIAN KERETA GUNA KABEL USB MENINGKAT