Buletin

KIA DEDAH GAMBAR RASMI EV6. GUNA PLATFORM IONIQ 5

Pengeluar Korea Selatan, Kia mendedahkan gambar rasmi jentera elektrik terbaharu EV6.

Kenderaan baharu itu akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini tetapi spesifikasi teknikal kereta elektrik sepenuhnya tersebut masih belum didedahkan kepada khalayak.

Melalui gambar-gambar rasmi berkenaan, EV6 menampilkan rekaan menarik malah dibangunkan berdasarkan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) yang digunakan Ioniq 5.

EV6 baharu itu menampilkan falsafah rekaan Opposites United Kia berdasarkan lima kunci utama rekaan iaitu Berani untuk Alam Sekitar (Bold for Nature), Keseronokan bersebab (Joy for Reason), Kuasa untuk Kemajuan (Power to Progress), Teknologi untuk Kehidupan (Technology for Life) dan Ketegangan serta Ketenangan(Tension and Serenity).

Bahagian hadapan, jentera terbaharu ini dilengkapi lampu utama menarik dan lampu nyalaan siang LED membentuk rekaan Digital Tiger Face.

Selain itu, ia turut didatangkan lampu LED belakang yang kompleks yang tersusun kemas.

Ruang dalaman juga sangat berbeza berbanding model Kia terdahulu merangkumi skrin melengkung pada paparan navigasi dan kluster digital. Sistem HVAC boleh dikawal melalui butang skrin sentuh sahaja

Selain itu, ia didatangkan roda stereng dua spoke yang tidak sama dengan model Genesis terbaharu seperti GV80.

Kia tidak terkecuali dalam menggunakan plastic kitar semula dalam pembikinan tempat duduk jentera terbaharu itu. -carscoops

Google ads
Back to top button