Motosikal

KLIMS 2018: HONDA CBR1000RR FIREBLADE 2018, RM92K, 189hp!

Dalam segmen superbike, Fireblade 2018 hadir sebagai satu lagi pilihan motor berkuasa tinggi Honda di Malaysia.

Cantik, agresif, ringan dan penuh kuasa, CBR1000RR Fireblade baharu dijangka mengujakan pasaran menerusi pelbagai teknologi dan ciri yang mengagumkan.

CBR1000RR Fireblade diinspirasikan daripada konsep “Next Stage Total Control”. Rekaan model yang berkuasa ini mengekalkan prinsip utama iaitu “kuasa kepada berat”.

Honda telah melihat dari setiap sudut badan dan kerangka model ini, sebelum menjadikannya sebuah superbike yang lebih aerodinamik. Dengan berat 196kg, CBR1000RR Fireblade baharu memberikan kawalan sepenuhnya kepada penunggang menerusi prestasi yang pantas dan stabil.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin empat lejang 16 injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair berkapasiti 999cc yang mampu menjana kuasa 189hp pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm.

CBR1000RR Fireblade dilengkapi teknologi-teknologi termaju Honda seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, pilihan Quickshifter dengan Downshift Assist, Power Selector, suspensi Showa boleh laras sepenuhnya dan Honda Electronic Steering Damper (HESD) untuk menawarkan tunggangan dan pengendalian luar biasa.

Untuk membuatkan adrenalin peminatnya terus mengalir, CBR1000RR Fireblade juga didatangkan dengan Riding Mode Select System (RMSS) yang sangat mesra pengguna.

Sistem itu menawarkan tiga mode dengan kombinasi HSTC, kuasa enjin dan tahap brek enjin yang berbeza. Mode-mode itu ialah “Fast” untuk kegunaan di litar, mode “Fun” untuk jalan bengkang-bengkok dan mode “Safe” bagi tunggangan di bandar.

Model yang mengujakan ini juga hadir dengan dua mode USER untuk memenuhi kecenderungan seseorang penunggang di mana semua parameter boleh digabung dan diubah sesuai secara bebas.

Penunggang hanya perlu menekan butang Mode untuk menukar mode bagi RMSS dan menolaknya ke atas serta ke bawah bagi memilih dua mode USER pada sebelah kiri bar hendal.

Kombinasi prestasi luar biasa dan reka bentuk sporty superbike ini mengukuhkan lagi kedudukan motosikal berkuasa tinggi Honda di pasaran tempatan. Didatangkan dalam warna merah dan hitam metalik, CBR1000RR Fireblade baharu direka dengan gayaan yang agresif dan aerodinamik.

CBR1000RR Fireblade boleh anda miliki pada harga RM91,999 seunit (tidak temasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

GALERI 

Google ads
Back to top button