
Motosikal
KOLEKSI HELMET GRACSHAW X DEMON SLAYER DILANCARKAN – HANYA 3,000 UNIT, RM490
Gracshaw Malaysia dengan rasminya melancarkan helmet motosikal edisi terhad hasil kolaborasi terbaru dengan anime popular, Demon Slayer (Kimetsu No Yaiba) untuk pasaran tempatan.

Koleksi helmet edisi terhad itu hadir dengan empat model yang diinspirasikan dari watak Tanjiro, Nezuo, Kyojuro dan Tengen.
Menurut Gracshaw Malaysia, helmet yang terhad kepada 3,000 unit itu boleh didapati dengan harga RM490.

Setiap pembelian helmet Gracshaw x Demon Slayer ini akan turut menerima beg khas, set pelekat Demon Slayer dan manual bertemakan anime tersebut. Dalam pada itu, visor berwarna yang disertakan ketika majlis pelancaran adalah dijual secara berasingan.
GALERI: GRACSHAW X DEMON SLAYER










