Buletin

KOREA SELATAN LABUR RM9.5 BILION BANGUN DRON KETENTERAAN

Korea Selatan merancang melabur AS$2.3 bilion (RM9.5 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk membangunkan dron bagi kegunaan ketenteraan.

Di bawah pelan terbabit, Korea Selatan akan menghasilkan pelbagai jenis dron untuk kegunaan menjalankan misi dari pemantauan sehingga menembak senapang serta grenad.

Menurut laporan agensi berita Yonhap yang memetik Program Pentadbiran Pemerolehan Pertahanan,eksperimen pertempuran sedang dijalankan dengan pelancar senapang dan grenad dipasang pada bahagian bawah dron.

Agensi itu akan menyelesaikan teknologi yang diperlukan untuk pembangunan dron itu pada 2022. 

Pembangunan sebenar sistem dijangka mengambil masa empat tahun – agensi.

Google ads
Back to top button