KTM 890 SMT TIBA DI MALAYSIA – RM101,800
Selepas pelancaran global pada April 2023, KTM Malaysia dengan rasminya memperkenalkan KTM 890 SMT untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM101,800.
Ini secara tak langsung meletakkan 890 SMT sebagai jentera yang lebih versatil untuk kegunaan di jalan raya seperti generasi sebelumnya, KTM 990 SMT.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, 890 SMT ini dipacu enjin parallel-twin 889cc LC8c yang sama terdapat pada 890 Adventure dan 890 Duke. Menariknya, model ini lebih berkuasa berbanding 890 Adventure dengan 105hp dan 100Nm.
Meskipun berkongsi platform sama dengan 890 Adventure namun 890 SMT tampil dengan reka bentuk tangki yang lebih langsing bagi membenarkan penunggang berada dalam kedudukan yang lebih agresif.
Aspek aerodinamik juga dipertingkat dengan penghadang angin yang lebih rendah sementara fender depan dan ‘splash guard’ juga dipisahkan dan berada dalam kedudukan berbeza.
Seperti kebiasaan, 890 SMT ini juga dilengkapi suspensi WP APEX boleh laras depan dan belakang dan dipadankan bersama ri 17-inci.
Ciri elektronik premium yang ditawarkan termasuk:
- Cornering Motorcycle Traction Control
- panel meter TFT 5-inci anti-calar
- Motor Slip Regulation (MSR)
Menurut KTM Malaysia, sebagai promosi pembelian terawal KTM 890 SMT ini, ciri tambahan seperti Quickshifter+ dan Cruise Control akan diberikan secara standard.