
LAMBORGHINI AVENTADOR JAHANAM DIBADAI HUJAN BATU DI KANADA
Calgary, Alberta, Kanada baru-baru ini dilanda ribut petir dan hujan batu yang lebat. Cuaca tersebut menyebabkan banyak kenderaan dan tingkap kediaman mengalami kerosakan.
Kereta yang dibiarkan parkir di luar juga rosak apabila dihentam oleh hujan batu. Seorang pengguna Reddit turut berkongsi video yang menunjukkan sebuah Lamborghini Aventador mengalami kemik agak teruk akibat hujan batu berkenaan.
Walaupun tanpa suara, visual yang dikongsi sudah cukup untuk menggambarkan keadaannya. Bahagian hud supercar itu dipenuhi dengan lekuk-lekuk kecil dan besar. Permukaannya dah macam bola golf.
Bukan itu sahaja, cermin utamanya juga retak. Video tersebut bagaimanapun tidak menunjukkan keadaan atau kerosakan yang dihadapi di bahagian belakangnya.
Pemilik kereta tersebut dikatakan tinggal di sebuah pangsapuri yang hanya mempunyai tempat parkir terbuka.
Harus tahu bahawa beberapa varian Aventador menggunakan hud aluminium. Jadi, kerja untuk membaiki lekuk-lekuk kecil seperti ini bukanlah satu kerja mudah. Malah lebih senang jika ia digantikan dengan panel baharu sepenuhnya.
Kalau dilihat kepada kerosakan itu, kerja pembaikan turut melibatkan cat. Berita baiknya, pemilik boleh menuntut kos pembaikan tersebut daripada pihak insurans.
Walaupun ia mungkin terpaksa berada lama di dalam bengkel, namun ribut petir itu tidak merosakkan aspek mekanikal. Maka, jentera tersebut masih boleh dipandu seperti biasa tanpa sebarang masalah. – Motor1
- BACA: HOS TOP GEAR TERBABAS PANDU LAMBORGHINI DIABLO KETIKA PENGGAMBARAN
- BACA: UMUR BARU 5 TAHUN TAPI DAH PANDU KERETA IBU UNTUK BELI LAMBORGHINI – TABAH KAU NAK
- BACA: LAMBORGHINI RECALL AVENTADOR SVJ COUPE & ROADSTER. PINTU TAK BOLEH BUKA DARI DALAM
- BACA: LAMBORGHINI HURACAN PUTIH BERTUKAR KUNING, PENGEDAR DISAMAN






