Motosikal

LELAKI BERBOGEL NAIK MOTOSIKAL DI PULAU PINANG DISAHKAN ALAMI MASALAH MENTAL

Seorang lelaki didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas satu video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp.

Waktu dan hari kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Klip video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa memakao topi keledar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata siasatan pihaknya mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini.

β€œDia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian. Ekoran kejadian itu, lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Shafee berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti kelurganya. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button