Motosikal

11 PERKARA PERLU ANDA TAHU TENTANG LITAR SILVERSTONE UK

Perlumbaan terakhir MotoGP untuk bulan Ogos kini berlangsung di Litar Silverstone di United Kingdom (UK).

Sebelum nak layan race, apa kata kita baca dulu trivia ringkas tentang litar yang menjadi hos British Grand Prix  pertamanya pada tahun 1948 ini. 

Trivia Litar Silverstone

  • Silverstone mula-mula dijadikan lokasi berlumba oleh sekumpulan anak muda pada September 1947. Maurice Geoghegan yang tinggal di kampung Silvertone pernah melanggar seekor kambing biri-biri ketika berlumba. Perlumbaan di litar itu kemudian diberi nama Mutton Grand Prix.  
  • Litar yang terletak kira-kira 120km dari London ini dibina di atas landasan kapal terbang tentera yang digunakan pada Perang Dunia Kedua. Landasan tiga diagonal yang membentuk landasan kapal terbang asal masih boleh dilihat hingga ke hari ini. 
  • Selain litar Austin, Barcelona dan redBull Ring, Silverstone menjadi antara litar yang turut menganjurkan perlumbaan Formula 1. 
  • Ini merupakan musim ke-71 di mana United Kingdom menjadi tuan rumah kepada kejohanan perlumbaan motosikal. 28 acara diadakan di Isle of Man, 23 di Donington dan 19 perlumbaan di litar Silverstone setakat ini. 
  • Silverstone ialah sebuah hab sukan bermotor. Ia memiliki sebuah pusat pengalaman pemanduan, Pusat dan Trek Porsche, Pusat Pembangunan dan Ujian Aston Martin, kemudahan persidangan serta pameran, selain Pusat Pengalaman Warisan serta Hotel Garden Inn yang bakal dibuka tidak lama lagi. 
  • Untuk benua Eropah, hanya Itali, Britain dan Belanda yang menganjurkan sekurang-kurangnya satu perlumbaan Grand Prix pada setiap tahun. 
  • Ini adalah musim kesepuluh British Grand Prix diadakan di Silverstone selepas litar itu menjalani proses rekaan semula yang signifikan pada tahun 2010. 
  • Selepas kematian pelumba F1, Aryton Senna dan Roland Ratzenberger pada Sam Marino Grand Prix 1994, banyak litar Grand Prix telah diubah suai untuk mengurangkan kelajuan dan meningkatkan keselamatan pelumba. Justeru, kemasukan dari Hangar Straight ke Stowe Corner direka semula bagi menjadikannya kurang bahaya.  
  • Andrea Dovioso, Wayne Gardner, Casey Stoner dan Valentino Rossi ialah pelumba dalam kelas premier yang berjaya memenangi perlumbaan di dua litar berbeza di UK, iaitu litar Donington dan Silverstone. 
  • Memiliki jarak sejauh 5.9km, Silverstone menjadi litar paling panjang dalam perlumbaan MotoGP. Sama seperti Austin, ia merupakan satu-satunya litar yang catatan masa melebihi dua minit. 
  • Pecutan paling laju pernah dicatatkan dalam MotoGP di litar Silverstone ialah 332.4km/j yang berjaya direkod oleh pelumba Andrea Iannone ketika menunggang sebuah jentera Ducati pada tahun 2015.  
Tags
Google ads
Back to top button