Artikel Pilihan

MEMAHAMI APA ITU EGR (EXHAUST GAS RECIRCULATION)

Exhaust Gas Recirculation atau Proses Kitar Semula Gas Ekzos atau singkatannya EGR. Tak mengapa, kami tahu bahawa artikel ini sedikit berat tetapi kami buat juga sebab ia sebahagian daripada proses yang berkaitan dengan terminologi teknikal enjin yang penting.

1. Definasi
Proses Kitar Semula Gas Ekzos atau singkatan dalam bahasa inggeris EGR adalah satu proses mengembalikan 5-15% asap ekzos kembali ke dalam kebuk pembakaran untuk digunakan kembali semasa power stroke berlaku.

2. Tujuan
Tujuan utama EGR dilakukan ialah untuk mengurangkan pembentukan Nitrogen Oksida atau NOx yang menjadi salah satu punca utama pencemaran dan jerebu.

Apabila gas ekzos dikembalikan semula ke dalam kebuk pembakaran, ia akan mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke dalam silinder.
Gas NOx biasa dihasilkan semasa pembakaran berlaku pada suhu yang tinggi dan tekanan yang tinggi.

3. Bagaimana EGR membantu?
EGR adalah gas lengai yang tidak akan mempengaruhi proses pembakaran di dalam power stroke, malah bertindak dengan menyerap lebihan haba yang dihasilkan semasa proses pembakaran.

Apabila jumlah oksigen dikurangkan dan EGR sendiri menyerap lebihan haba, maka kebarangkalian untuk NOx terhasil adalah rendah.

4. Adakah wujud mekanisma khas untuk EGR dalam enjin?

4.1 Pada enjin lama, wujud satu injap yang membenarkan EGR dikembalikan ke dalam enjin

4.2 Enjin Honda melalui teknologi iVTEC membenarkan injap ekzos dan kemasukan terbuka serentak pada waktu yang sesuai bagi membolehkan EGR berlaku. Oleh kerana enjin ini berupaya menentukan sendiri bila EGR ini perlu dibuat, enjin ini dikelaskan sebagai intelligent VTEC oleh honda

4.3 Toyota menggunakan teknologi DOHC Dual VVTi yang membenarkan proses EGR berlaku. Dengan bantuan sistem DOHC dan Dual VVTi, injap kemasukan dan ekzos dikawal oleh ECU secara individu samada retard (lambat) atau cepat (advance)

5. Bila EGR berlaku?
Biasa EGR akan dilakukan semasa enjin dalam keadaan operasi sederhana 2000 – 4000 RPM

EGR tidak akan dilakukan semasa enjin dalam keadaan melahu (idle) kerana iakan menyebabkan pembakaran yang tidak stabil dan enjin bergegar dengan teruk.

EGR juga tidak akan dilakukan pada operasi enjin yang tinggi dimana kuasa enjin diperlukan. Kehadiran EGR akan menyebabkan volumetric efficiency enjin berkurang

6. Kekurangan EGR

6.1 sekiranya value EGR terlampau tinggi, enjin gagal melakukan pembakaran dengan sempurna dan akan mengalami misfire.

6.2 dari masa ke semasa, EGR mungkin akan menyebabkan injap enjin tersumbat dengan lebihan karbon samaada di injap kemasukan atau ekzos. Proses pencucian dengan engine cleaner boleh membantu, tapi sekiranya perlu, injap perlu diganti baru.

Google ads
Back to top button