Motosikal

MINI TREET BIKE HONDA MSX125

Baru sahaja dilancarkan oleh pihak AP Honda  Co Ltd. di pasaran Thailand (maaf untuk Thailand sahaja), Honda MSX125 hadir dengan penampilan yang maskulin bersama rekaan grafik menarik.  

honda-msx125-mekanika (7)

Bertemakan “Clutching My Adrenaline”, motosikal mini street ini disasarkan untuk golongan muda yang mementingkan gaya dan ingin tampil berbeza. Sangat fleksibel untuk dimodifikasi, MSX125 ditawarkan dengan beberapa pakej aksesori menarik.

honda-msx125-mekanika (9)

Antara yang menarik perhatian pastinya  model H2C Masked Rider V1. Ia dipasang dengan aksesori tulen dari Jepun yang diinspirasikan daripada animasi Masked Rider atau lebih dikenali sebagai Ksatria Baja Hitam.

honda-msx125-mekanika (4)

MSX125 dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 125cc bersama teknologi PGM-FI yang berkuasa, menjimatkan bahan api dan menepati piawaian Euro 6. Bagi menawarkan tunggangan yang agresif, ia dilengkapi klac tangan dan penyerap hentak jenis terbalik (upside down), teknologi yang diambil daripada morosikal lebih besar.

Motosikal mini street itu juga dipasang dengan rim bersaiz 12 inci, lampu utama jenis projector, lampu belakang LED, meter digital dan suis enjin.  

honda-msx125-mekanika (11)

“Sejak diperkenalkan pada awal tahun 2013, Honda MSX125 telah menjadi model terlaris dalam segmen sports. Untuk model baharu ini, kami memasukkan elemen sporty seperti warna peredam yang sama dengan warna badan motosikal. Honda MSX125 bukan sekadar sebuah motosikal, tetapi kenderaan yang benar-benar menyerlahkan karekter anda,” kata Presiden AP Honda Co Ltd., Nobuhide Nagata.

honda-msx125-mekanika (8)

Honda MSX125 sudah dijual di pasaran Thailand sejak 26 Disember 2014 dengan beberapa pilihan warna seperti kuning-hitam, hitam-putih, merah dan hitam.

honda-msx125-mekanika (10)

Harganya ialah sekitar Bt68,900 (RM7,500) seunit. Boleh tahan jugak mahalnya. Tapi tak apa, janji stailo!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button