Modifikasi

MITSUBISHI EVO 7 CT9A

Ini model asal CT9A Evo 7 yang dimiliki oleh Anas dari Melaka. Kereta ini cantik, kemas dan cukup terjaga.

mitsubishi-evo-7-mekanika (7)

Anass Auto Accesories, kalau di Melaka memang ramai yang kenal. Tetapi orang kenal dia bukan sebab Evo, tapi sebab Escort Mk1 Fast & Furious yang diparkir depan kedainya.

Memang agak aneh bagi seorang peminat kereta yang ada sebuah Evo moden dan beberapa buah kereta klasik. Tapi gua rasa hati beliau memang ke arah selera klasik. Baru-baru ni saya nampak dia bawa balik Civic 1st Gen WAGON brader!

mitsubishi-evo-7-mekanika (4)

Baiklah. Apakah kriteria nak pakai kereta ni? Duit. Ini bukan nak beli Myvi pergi showroom hantar payslip, full loan pun boleh. Kereta ini walaupun murah, tapi usianya menghadkan tempoh pinjaman. Kena ada wang tunai yang banyak baru lapang dada. Tak dilupakan juga kalau dah main kereta, bersedialah dengan kos modifikasi. Paling koman pun mesti nak masuk rim yang cemerlang.

Dari segi kosmetik, kereta ini memang nampak outstanding apabila dipakaikan dengan rim kembang spec GT-R. Rim ini berukuran 18 X 9.5 dengan offset +12. Memang cukup gemuk apabila fender depan dipasangkan dengan kit Voltex yang terkeluar 1.5 inci dari posisi asal.

mitsubishi-evo-7-mekanika (11)

Set muka Voltex ini datang sekali dengan hud karbon, lips dan splitter yang diseragamkan dengan spoiler belakang Evo 8. Bampar belakangnya dipasangkan dengan bampar Evo 9 bersama diffuser Voltex yang saya anggap sebagai gandingan terbaik untuk sebuah badan CT9A.

Sistem suspensi diperbaiki dengan set boleh laras TEIN super street di keempat-empat sudut. Sementara brek pula dipertingkatkan dengan menukar pad Endless pada caliper Brembo asal.

mitsubishi-evo-7-mekanika (5)

Sekarang musim orang guna brake kit besar-besar. Yang dah besar pula cari jenis monoblok dan kompak. Semuanya boleh kalau ada duit, tapi pesan saya berhati-hati sebab banyak benar yang cap ayam sekarang. Gila apa jual Alcon set dengan rotor 300mm baru harga cuma RM3,000?

Pengubahsuaian seterusnya ialah bahagian enjin. Ada beberapa benda asing yang perlu untuk sebuah 4G63. Misalnya, Anas memasang cam Tomei 272 in-out bersama valve spring dan retainer. Kepala silinder dibuat port dan polish, tekanan boost dinaikkan kepada 1.5 bar dan sebuah wastegate Tial 40mm dipasang untuk melepaskan boost berlebihan.

mitsubishi-evo-7-mekanika (19)

Bekalan petrol RON97 kini ditingkatkan lagi dengan penambahan injektor FIC 850cc. Tak cukup, ditambah lagi dengan pam bahan api Walbro. Ekzos pula kena godek melalui penghasilan semula paip stainless steel 3 inci yang diakhiri dengan peredam bunyi APEXi.

mitsubishi-evo-7-mekanika (16)

Bahagian dalaman boleh dikatakan ringkas dan praktikal. Instrumen yang nampak ialah deretan meter Defi di atas papan pemuka. Panel aluminium asal dicat dengan warna kuning yang selari dengan badan kereta. Sementara pemasa turbo Blitz dipasang bersama pengawal boost M7 pada stereng.

mitsubishi-evo-7-mekanika (10)

Keseluruhan pengubahsuaian yang dibuat sebenarnya agak ringan kalau diukur dari segi potensi kereta ni. Tanya sajalah peminat tegar Evo, berapa banyak duit boleh campak pada 4G63 dan nak dapat 1,000hp pun boleh. Pokoknya duit.

mitsubishi-evo-7-mekanika (9)

Tak dilupakan ialah minyak RON97 brader. Kereta setangki RM150 tak lari punya, kalau rembat kadang-kadang 200km pun dah habis. Jadi macam mana nak kira?
[hr]GALERI 

mitsubishi-evo-7-mekanika (1)mitsubishi-evo-7-mekanika (2)mitsubishi-evo-7-mekanika (6)mitsubishi-evo-7-mekanika (8)mitsubishi-evo-7-mekanika (12)mitsubishi-evo-7-mekanika (14)mitsubishi-evo-7-mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button