Modifikasi

LAGENDA MITSUBISHI LANCER EVO: LAPAN LAPAN LAGI!

Sebenarnya masa menaip ni bulan puasa lagi. Puasa ke 9, hari yang tak panas sangat pun tapi saya rasa tak adil sungguh tadi tengok brader yang badan sado sihat sejahtera dalam Axia hijau menyembunyikan kotak KFC kelihatannya di lantai dengan mulut terkumat kamit mata pandang depan acah-acah ingat orang tak nampak kau mengunyah ayam. Hari ni saya ride GS, tinggi 6 kaki boleh nampak apa yang mereka lakukan.

Berbalik pada kereta lagenda Evo ni. Sebenarnya, kereta Evo body CT9A ini adalah dalam keluarga istimewa sekali sebab ia tidak berkongsi casis kembang dengan Lancer biasa (Cedia).

Jadi kebarangkalian melihat EVO (7-9) jadi-jadian di atas jalan agak tipis. Kalau jumpa punggung Evo begini di tengah malam dengan corong ekzos sebesar rumah, ada baiknya beristighfar dan potong pelan-pelan. Jangan buat pemanduya terkejut kerana tak mustahil dia boleh mengamuk dan kejar kau sampai rumah.

BACA – LANCER EVO FINAL DILELONG

BACA – EVO I-III KERETA SPORT LEJEN!

Untuk mengamuk tanpa sebab, sudah pastinya kena ada enjin yang cukup kuat. Buat permulaan, enjin 4G63 ini telah dipadankan dengan stroker kit 2.2 Brian Crower dan dipasangkan dengan piston CP. Ia diikat dengan stud ARP dengan gasket keluli sebelum dicantumkan dengan kepala selinder yang siap dengan segala mak nenek toyol barang Tomei.

evo-8-mie-renjong-7

Sebelum ini, pemiliknya yang dikenali dengan nama Mie memasang set turbo AR70 tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan beliau menggantikannya dengan turbo asal balik (kalau nak rosak kau boleh elakkan ke?).Tengok manifold banana dengan oultet tu pun dah tahu jenis bila-bila masa boleh masuk GT70 misalnya?

Antara kemasan lain ialah wastegate, Tial, blow -off valve Tial, intercooler GReddy, paip intercooler buatan custom, boost controller Blitz, throttle body, Nissan Fairlady, pam petrol Walbro, regulator Sard dan akhir sekali ketua toyol Haltech Sprint 500. Tadaa…… siap sudah.

Kalau anda biasa memandu di Lebuhraya Persekutuan tengah malam banyak pemandu F1 terlepas bawak kereta yang selalunya bukan kereta sukan pun. Kereta mak bawak pergi pasar kau rembat macam Suzuki Swift Hill Climb apak kau.

evo-8-mie-renjong-3

Ini mengundang amarah kepada persatuan kereta-kereta sport Malaysia. Justeru, mereka telah menaiktaraf sistem pengendalian mereka. Kereta Evo ini juga ditingkatkan dengan set suspensi bolehlaras TEIN Flex.

Rim pada Evo tidak semestinya berkenaan dengan rupa. Ia mesti ada spesifikasi yang betul untuk lengkapkan kereta nampak jahat. Kalau pakai RE30 pun tapi spec arboq, kereta akan nampak baik-baik saja.

EVO ni dipasangkan dengan SSR Type C 18-inci spesifikasi GTR iaitu lebar 10.5 dan offset -15. Ia kemudiannya dipasangkan dengan tayar Continental 245/40ZR-18. Gemuk, padat dan sangat sukan sekali.

BACA – MITSUBISHI RVR EVO III

BACA – VOLVO S40 ENJIN EVO 5!

Untuk bahagian kosmetik, kereta ni dipasangkan dengan Kit badan EVO IX yang terakhir dalam casis CT9A. Kereta macam ni tak perlukan bodykit pelik-pelik nanti ditertawakan orang. Dipasangkan bersama ialah hood karbon Voltex, fender depan karbon Varis, lip karbon RalliArt, bonet karbon, spoiler karbon Do Luck dan cermin sisi Ganador karbon.  Bahagian dalaman tu macam biasalah, ada lah aksesori kecik-kecik yang tipikal untuk kereta ni.

Sedar tak sedar model terakhir EVO 9 pun dah masuk umur 10 tahun. Tanpa kita sedar juga kereta ni masih sporty dan cun lagi kalau bandingkan dengan kereta moden. Kereta moden yang laju sekarang apa aje yang ada?

Mungkin Golf dan BMW 3 series, mungkin Mercedes A series. Jepun tengah mabuk buat hybrid sekarang.

evo-8-mie-renjong-9

DNA kereta-kereta evergreen macam ni dah tak wujud sekarang. Kalau ada pun cuma R35. Tapi mahal lah gila segala mahal kereta mahal, rotek mahal, tayar mahal iblis bukan sikit-sikit dia punya mahal.

Itu menjadikan kereta macam Evo 8 ni kekal pada tangga harga sekarang. Jangan mimpi nak suruh harga evo 7,8,9 turun lagi sebab ia takkan turun dah. Orang yang pakai pun liat nak jual.

 

 

*Kereta ini disiarkan sebagai cover majalah KAKI KERETA edisi Julai 2016,majalah permotoran modifikasi paling unggul di bumi. Dapatkan di edisi terbaru di pasaran sekarang.

evo-8-mie-renjong-1 evo-8-mie-renjong-8 evo-8-mie-renjong-5 evo-8-mie-renjong-4

 

Google ads
Back to top button