Buletin

MODEL CKD TOYOTA TAK NAIK HARGA. BUAT MASA SEKARANG…

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) hari ini mengumumkan bahawa tiada sebarang kenaikan harga untuk model pemasangan tempatan (CKD) buat masa sekarang.

Pada awal tahun ini, Kementerian Kewangan memberi jaminan jika harga mana-mana model CKD naik kerana methodologi telus berikutan Nilai Pasaran Terbuka, kenaikan itu akan diserap oleh kementerian bagi tahun 2020.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K memberitahu perubahan kadar matawang dan cukai boleh memberi kesan ke atas harga. Namun, pihaknya sentiasa cuba untuk mengekalkan kestabilan harga dan menyerap kenaikan itu sebaik mungkin.

Model-model CKD yang ditawarkan oleh UMW Toyota sekarang ialah Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Maklumat lanjut mengenai harga model-model ini boleh didapati di laman web: toyota.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar dan cawangan UMW Toyota di seluruh negara.

Google ads
Back to top button