Pandu Uji

MODEL KONSEP PROTON IRIZ ACTIVE

Hanya selepas beberapa hari melancarkan model hatchback segmen B pertamanya, Iriz, Proton terus mengujakan pengguna tempatan apabila mendedahkan model konsep terbaharunya semalam. 

SONY DSC

Dikenali sebagai Proton Iriz Active, jentera tersebut didedahkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekumpulan media sempena acara Alami Proton yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan proton, Subang, Selangor.

Prototaip Iriz Active merupakan interpretasi Proton terhadap model crossover yang dibina berasaskan kepada Iriz. Ia dilihat sebagai langkah yang tepat memandangkan segmen crossover menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

SONY DSC

Tidak dapat dinafikan, Iriz Active memang sebuah kereta konsep yang menarik (kebanyakan model konsep begitu). Walaupun bukan 100 peratus apa yang anda lihat sekarang akan direalisasikan, namun, pengeluar biasanya cuba untuk memastikan model yang diproduksi kelak tidak terlalu jauh berbeza.

SONY DSC

Dilihat dari segi luarannya, tahap kelegaan tanah Iriz Active ditinggikan sebanyak 35mm untuk menjadikannya sebuah crossover sebenar. Cukup tinggi untuk meredah laluan off-road yang tidak terlalu ekstrem.

proton-iriz-active-mekanika (9)

Gayaan itu diserlahkan lagi melalui sepasang roof rails serta salutan keluli (cladding) pada seluruh tubuh yang nyata menyerlah. Tema futuristik diteruskan dengan gabungan  dua warna iaitu kelabu matte dan oren.

SONY DSC

Baiklah, apa inovasi atau teknologi terbaharu yang dipasang pada model ini? Lampu yang bersifat fleksibel dan menggunakan teknologi iluminasi terkini daripada LG Electronics itu dikenali sebagai Nexlide. Ia mampu menawarkan rekaan kesan lampu 3D.

SONY DSC

Iriz Active turut dilengkapi sistem brek kecemasan autonomi atau Advance Driving Assist System (ADAS), juga hasil kerjasama dengan LG Electronics. Sistem brek tersebut bertindak membantu pemandu untuk membrek sekiranya wujud kemungkinan berlaku pelanggaran.

“Ada dua kamera pada bahagian atas kiri dan kanan Iriz Active. Ia merupakan sensor yang berupaya mengesan jarak sehingga 100 meter dan berfungsi mengelak sebarang pelanggaran. ADAS disambungkan dengan ECU dan brek,” jelas Pengurus rekaan Proton, Zafruddin Shamsuddin.

SONY DSC

Ruang kabin pula dimonopoli oleh skrin sentuh bersaiz 13.3 inci pada konsol tengah. Dikuasakan oleh skrin LCH berdefinisi tinggi, rekaan ini memang nampak ringkas dan futuristik.

Sama ada Iriz Active akan masuk ke saluran produksi bergantung kepada maklum balas daripada pengguna. Apa-apa pun, Proton kini dilihat semakin meyakinkan. Teruskan usaha!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button