Artikel PilihanMotosikal

PANIGALE TNT300 EDISI TERHAD DARI VIETNAM

Nah, cuba lihat kreatifnya orang sebelah Vietnam buat modifikasi pada motor mereka. Sekali imbas, mungkin semua orang ingat ini Panigale 899 (berdasarkan lengan ayun belakang) Tidak. Ini sebenarnya sebuah motosikal Benelli TNT300 yang pernah kami pandu uji dulu. 300cc dan ia dipakaikan dengan bahagian lengkap Ducati Panigale. Ia pernah viral di Vietnam tak berapa lama dahulu seperti yang dipaparkan oleh laman web motorsaigon.vn. BACA – PANIGALE JADI MOTOSIKAL OFF-ROAD! BACA – DUCATI PANIGROMLE DARI THAILAND Tak dapat dinafikan lagi bahawa Ducati Panigale adalah motosikal yang paling besar pengaruhnya hari ini, sebab mungkin ia cantik. Bukan mungkin, memang ia sebuah superbike yang cantik dan seksi. Benelli TNT300 yang asalnya merupakan motosikal naked ini telah disalin dengan kit badan Panigale lengkap dengan fork depan teleskopik dan brek depan berkembar. Pendek kata,. Sekali tengok memang nampak macam Ducati asli!

 

Google ads
Back to top button