Motosikal

SUZUKI GSX-R150 & GSX-S150 DILANCARKAN DI IMOS 2016, JAKARTA

Sedang berlangsung hari ini di Jakarta Indonesia Pameran Motosikal Indonesia 2016 (IMOS). Membuka tirai pada hari pembukaannya ialah pelancaran Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150.

Indonesia sekali lagi dipilih sebagai pasaran penting untuk memperkenalkan Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 kepada dunia. Sepertimana Honda CBR 250RR yang melakukan debut dunianya di Jakarta Julai lalu, Suzuki belum mendedahkan sebarang spesifikasi mahupun harga jualannya.

2017-suzuki-gsx-r150-001

Suzuki GSX-R150

Jelas, Suzuki mahu membabitkan diri dalam kancah pertarungan sportbike kecil yang dilihat semakin membesar saiz pasaran. Oktober lepas, Suzuki telah melancarkan GSX-R125 di INTERMOT, Jerman, kemudian memperkenalkan GSX-R250 di China dan kini GSX-R150 di Indonesia.

Model dengan fairing penuh ini disasarkan kepada pembeli yang ingin memiliki sportbike yang mudah dikendalikan. Ciri-cirinya pun boleh tahan. GSX-R150 ini didatangkan dengan lampu depan dan belakang jenis LED, paparan meter LCD sepenuhnya dan sistem penghidup tanpa kunci.

Model ini akan ditawarkan dalam lima warna iaitu Metallic Triton Blue, Titan Black, Stronger Red/Titan Black, Matt Black dan Brilliant White.

2017-suzuki-gsx-s150-001

Suzuki GSX-S150

Versi “nakedstreet bike yang merupakan saingan kepada R15 dan CB150R di sana. Jika anda biasa ke Indonesia, motosikal naked kecil street bike begini sangat popular. Saya boleh katakan, street bike naked merupakan pilihan kedua selepas “skutik” (istilah Indonesia bagi skuter-automatik).

Kedua-dua model ini akan dikuasakan oleh enjin 150cc dari underbone Suzuki Satria Fi (Belang) tetapi sudah tentu dengan beberapa penyesuaian. Kami akan mengemaskini sebaik sahaja Suzuki mengumumkan spesifikasi penuh.

Model ini akan dipasarkan dengan empat opsyen warna iaitu Metallic Triton Blue, Ice Silver, Stronger Red/Titan Blac’ dan Matt Black.

 

2017-suzuki-gsx-r150-0052017-suzuki-gsx-r150-004 2017-suzuki-gsx-r150-003 2017-suzuki-gsx-r150-002 2017-suzuki-gsx-r150-001

2017-suzuki-gsx-s150-004 2017-suzuki-gsx-s150-003 2017-suzuki-gsx-s150-002 2017-suzuki-gsx-s150-001

 

Google ads
Back to top button