Motosikal

TRIUMPH BONNEVILLE BOBBER LARIS DI AMERIKA

Triumph Motorcycles America baru-baru ini mengumumkan bahawa Bonneville Bobber merupakan model baru paling berjaya dalam sejarahnya. Bobber mencatat jumlah penghantaran kepada pelanggan yang lebih banyak dalam tempoh 30 hari berbanding mana-mana model Triumph sebelum ini.

Tahun ini, Triumph menambah lima model baharu ke dalam keluarga Bonneville iaitu T100, T100 Black, Street Scrambler, Street Cup dan Bobber. Kejayaan rangkaian model moden klasik itu, terutama Bobber membolehkan Triumph mencatat peningkatan jualan sebanyak 15 peratus untuk suku pertama tahun 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini merupakan satu permulaan yang baik dan pastinya dapat membantu mencatat rekod jualan baru buat para pengedar Triumph di Amerika Utara. Kami teruja melihat maklum balas yang diberikan oleh orang ramai sewaktu acara Bonneville Bobber Brutal Beauty Tour.

“Saya juga merupakan salah seorang pembeli Bobber dan saya tidak sabar untuk menunggangnya,” kata Ketua Pegawai Operasi Triumph Motorcycles America, Matt Sheahan.

Tarikan Bobber terletak pada rekaan luarannya yang ringkas dan klasik. Biarpun begitu, ia sarat dengan teknologi terkini seperti sistem brek ABS, pendikit ride-by-wire, traction control, Torque Assist Clutch dan dua mode tunggangan (Road/Rain).

Bobber digerakkan oleh enjin parallel twin sama yang digunakan pada model T120. Tetapi ia telah ditala untuk memberikan lebih tork dan kuasa low end.

Abang Japar berpeluang melihat secara dekat Bobber pada acara Bangkok International Motor Show 2017. Kesat air liur jugak lah…

BACA: TRIUMPH BONNEVILLE BOBBER 2017!

BACA: JENTERA MODEN KLASIK? 6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PERTIMBANGKAN TRIUMPH STREET TWIN

GALERI:

Google ads
Back to top button