Motosikal

MUGEN SHINDEN GO BAKAL BERSAING DALAM TT2016

Mugen mendedahkan versi baharu jentera elektrik Shinden Go yang akan digunakan oleh penunggang McGuinness dan  Bruce Anstey dalam perlumbaan TT Zero tahun ini.

2

Model tersebut muncul dengan pengurangan berat yang banyak. Syarikat Jepun itu memberitahu, sistem bateri, motor dan rangka mesin tersebut telah dibangunkan baharu sepenuhnya.

Senarai peningkatan lain termasuk rangka jenis monokok yang membolehkan posisi bateri diletakkan di dalam rangka. Sistem suspensi pula dibangunkan khusus agar sesuai dengan pengubahsuaian yang dilakukan.

Sistem penyejukan baharu dimanfaatkan untuk pertambahan kuasa. McGuinness dan Anstey dijadual akan melakukan ujian pertama Mugen di litar Motegi Ring, Jepun pada bulan hadapan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button