Peranti

SMARTBAND  HUAWEI HONOR BAND Z1

Huawei baru-baru ini melancarkan smartband pertamanya yang diberi nama honor Band Z1. Band Z1 dilihat sebagai satu aksesori terbaik untuk mereka yang aktif dan sentiasa bergerak.

Huawei-honor-Bnd-Z1-mekanika (8)

“honor Band Z1 menawarkan ciri-ciri berguna sebagai pemantau kesihatan dan tidur pengguna. Ia juga bertindak sebagai pusat notifikasi yang mudah diakses. Jadi, Band Z1 sememangnya sesuai untuk gaya hidup anda yang sibuk,” kata Pengarah E-commerce honor Malaysia, Allen An.

Diinspirasikan oleh reka bentuk minimalis Scandinavian, Band Z1 yang berbentuk bulat itu tidak mempunyai sebarang butang. Smartband ini dihasil menggunakan besi sebagai material utama.

Huawei-honor-Bnd-Z1-mekanika (6)

Bersifat kalis calar, ia digabungkan dengan tali yang elegan untuk dipakai pada bila-bila  masa sahaja. Tali kalis kotorannya hadir dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan krim.

Smartband ini juga menerima penarafan IP68. Maksudnya ia kalis debu dan air sehingga kedalaman 1.5 meter.

Huawei-honor-Bnd-Z1-mekanika (2)

Skrin sentuh dengan resolusi 128 x 128 piksel membolehkan anda melihat notifikasi, jam dan alarm dengan mudah. Dengan paparan yang besar, smartband ini membolehkan anda membaca mesej dan e-mel. Lebih menarik, ia menyokong beberapa bahasa seperti Inggeris, Jerman, Itali, Perancis, Portugis,  Sepanyol dan Jepun.

Percaya atau tidak, Band Z1 mampu mengesan jarak perjalanan, larian atau aktiviti sukan yang anda lakukan dengan tepat. Terima kasih kepada G-sensor dan perisian algoritma yang ada padanya. Malah, anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar.

Huawei-honor-Bnd-Z1-mekanika (5)

honor Band Z1 menyokong Android 4.4.4 dan ke atas untuk selain telefon pintar Huawei. Untuk telefon pintar Huawei atau Apple, ia menyokong Android 5.0 dan iOS 7.0 ke atas.

Dengan sekali caj, baterinya boleh bertahan selama tiga hari untuk penggunaan yang berterusan.

Huawei-honor-Bnd-Z1-mekanika (1)

honor Band Z1 ditawarkan pada harga RM259 seunit. Ia sudah boleh didapati di laman web VMALL.MY, Lazada and DirectD.

Google ads
Back to top button