
MX-5 2023 MUNCUL DI UK DENGAN NAMA DAN WARNA BAHARU – ASAL BUMBUNG BUKA KAMI LAYAN
MX-5 yang ada sekarang merupakan generasi keempat dan menggunakan kod ND. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014 ia sentiasa dinaiktaraf tapi sedikit pun tidak menjejaskan keanggunannya. Kini Mazda UK mula mengumumkan beberapa naiktaraf untuk 2023 termasuklah nama kemasan baharu dan pengenalan warna Zircon sand shade sebagai tambahan pilihan warna.

Rangkaian model 2023 datang dalam sepuluh varian dengan tiga kemasan, dua pilihan enjin dan dua rekaan badan berbeza; Roadster ataupun hard-top Retractable Fastback (RF). Alah macam kereta Abang Japar la. Best ooo ambik angin pagi-pagi kat Putrajaya, tu pun kalau tak hujan la. Kalau hujan baik tido kat rumah je.
Model entry level Prime-Line boleh didapati dengan enjin 1.5L yang mampu menghasilkan 130 hp kuasa. Aksesori termasuk set aloi 16 inci warna hitam, tempat duduk dengan pemanas dari fabrik hitam disulami jahitan benang perak, audio enam pembesar suara dan Kinematic Posture Control (KPC) yang merupakan sistem standard untuk semua model MX-5.

Kemasan Exclusive Line ditawarkan dengan tempat duduk kulit warna hitam dan sport rim aloi 16 inci, lampu dan pengelap cermin automatik serta beberapa ciri ADAS. Ia juga boleh didapati dengan enjin 2.0L yang mampu hasilkan 181 hp kuasa maksima. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lengkap dengan LSD, penyerap hentak Bilstein dan pilihan sport rim aloi saiz 17 inci.
Akhir sekali varian paling best paling ngam yang dinamakan Homura (bermaksud nyalaan api dalam bahasa Jepun). Ia menggunakan enjin yang lebih berkuasa dan boleh dikenali berdasarkan rim BBS 17 inci berwarna Gun Metallic. Ia juga dilengkapi dengan angkup brek Brembo berwarna merah dan kemasan dalam kulit Nappa yang lebih mewah di bahagian dalam kabin.
Harga macam mana? Ok di UK versi Roadster mampu mencecah 32,460 pound sterling (RM174k) manakala versi RF pula sekitar 39,040 pound sterling (RM185k). Okey la tu kot untuk kereta sport macam ni. Nak murah baik beli Viva potong bumbung.



Kredit carscoops.com