
MYSAMSUNG – APLIKASI SERBA GUNA UNTUK PELANGGAN SAMSUNG
Seiring dengan pengumumannay pada forum SEA awal tahun ini, Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya melancarkan aplikasi mySamsung di Malaysia.
Ini adalah applikasi pemilikan bagi pelanggan sedia ada dan baharu Samsung. Aplikasi ini membantu pengguna menguruskan peranti mereka dengan lebih teratur. Di samping komunikasi dan akses kepada khidmat pelanggan dalam talian serta promosi terkini produk Samsung.
Aplikasi mySamsung menyediakan bantuan sebaik sahaja peranti dihidupkan. Sama ada mereka pengguna sedia ada atau pelanggan baharu, aplikasi itu memudahkan pemahaman secara keseluruhan terhadap produk.
Berbeza dengan program di dalam peranti, aplikasi mySamsung sentiasa dikemaskini dan komunikasinya bersifat dua hala. Ia menyediakan tip-tip seperti ciri-ciri keselamatan.
Ia juga membantu pelanggan memahami pelbagai fungsi seperti kamera, tip memanjangkan jangka hayat bateri dan sebagainya.
Aplikasi mySamsung sesuai dioperasikan oleh Android OS 4.3 (Jellybean) ke atas. Ia telah sedia dimuatkan dalam model-model berikut:
- GALAXY Note 3
- GALAXY Note 4
- GALAXY Note Edge
- Galaxy Note 5
- GALAXY S4
- GALAXY S5
- Galaxy S6 & S6 edge
- Galaxy S6 edge+
- Galaxy S7 & S7 edge
- Galaxy A5 & A7 (2016)
- Galaxy J5 & J7 (2016)
Maklumat sila layari http://www.samsung.com/my/mysamsung/ Samsung Mobile Malaysia Facebook