Buletin

NISSAN ARIYA CONCEPT – CROSSOVER EV MASA DEPAN NISSAN

Melalui rekabentuk V-Motion, Nissan berjaya mengukuhkan kedudukannya setara dengan pengeluar lain. Lihat sahaja reka bentuk model baharu seperti Almera, Sylphy (Sentra), Teana (Altima) dan Livina. 

Kesemua model tersebut hadir dengan semangat baharu dan dilihat sepadan dengan prestij ‘abang besar’ Nissan GT-R.

Selain reka bentuk, Nissan juga terus konsisten dalam teknologi elektrik seperti yang boleh dilihat pada dua generasi LEAF.

Walaupun Nissan mendahului pengeluar antarabangsa lain dalam EV, pengeluar itu nampaknya ketinggalan dalam memasarkannnya sebagai satu famili lengkap.

Volkswagen misalnya sedang giat mengusahakan famili EV dikenali sebagai I.D. BMW sebagai pengeluar kenderaan premium lebih ke hadapan dengan i8, i5 dan i3.

Dalam mengejar trend dan perubahan teknologi, Nissan tampil dengan Ariya Concept. Nissan mempunyai perancangan realistik kerana Ariya adalah sebuah crossover, iaitu segmen kenderaan yang hangat sekarang.

Dari depan, Ariya membawakan gayaan baharu gril V-Motion yang diapit oleh lampu utama LED yang langsing. Reka bentuk ini mirip Livina dan Juke baharu kecuali tanpa lampu kedua pada bampar.

Bahagian tepi nampak rugged dan bergaya dengan arka roda lebar dan roda aloi besar saiz 21 inci. Lampu belakang juga langsing dan bersambung dari kanan ke kiri.

Bahagian dalam pula minimalis dengan papan pemuka dan dominasi skrin digital seperti trend EV hari ini.

Ariya digerakkan oleh dua motor elektrik yang memacu kedua-dua bahagian roda depan dan belakang. Platform pula dibuat baharu untuk crossover elektrik ini.

Dari segi teknologi, Ariya dilengkapi sistem bantuan pemanduan ProPILOT 2.0 dan Smart Route Planner.

Walaupun Ariya adalah sebuah konsep, ia sudah memadai dalam membayangkan hala tuju EV Nissan. Ariya boleh dilihat sebagai pengisi vakum yang wujud selepas LEAF.

Tambahan pula Nissan sudah mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam membangunkan dan menjual kereta elektrik. Di sini mengapa Ariya adalah sebuah model penting.

BACA: NISSAN LEAF AUTECH 2020, SEGAK JUGA KAN?

BACA: NISSAN GT-R 50TH ANNIV EDITION ADA DI THAI, RM1.5 JUTA SAHAJA!

BACA: PADA 2010, NISSAN ELGRAND E52 DIPERKENAL DI JEPUN

Kredit/sumber foto:

Tags
Google ads
Back to top button