
NISSAN GT-R50 TERPALING RARE UNTUK DIJUAL – TAK PERNAH DIPANDU PUN
Satu ketika dahulu Nissan dan Italdesign pernah bergabung untuk menghasilkan model GT-R edisi terhad. Hanya 50 unit sahaja dihasilkan dan ia bukannya ditawarkan untuk semua orang. Jadi kalau anda mempunyai wang yang mencukupi pun belum tentu ia akan menjadi milik anda. Tapi ini mungkin peluang kedua untuk memilikinya kerana ada satu unit GT-R50 untuk dijual.

Ini GT-R khusus untuk mereka yang tidak pedulikan praktikaliti dan penjimatan kos. Kalau nak dua-dua tu baik beli Alza vtectec. Pada asalnya GT-R50 ini cuma model konsep untuk memperingati ulang tahun GT-R dan Italdesign ke-50.
Didedahkan buat pertama kali pada tahun 2018 dan menjelang tahun 2020, 50 unit versi produksi telah dihasilkan. Pelanggan terpilih ditawarkan dengan pelbagai pilihan kombinasi warna dan model yang diiklankan untuk jualan ini berwarna Liquid Silver. Ia merupakan pilihan cat yang bernilai USD24,522(lebih kurang RM114,000) berdasarkan kadar tukaran sekarang. Itu baru cat tuan-tuan.

Enjinnya bagaimanapun masih sama seperti GT-R standard tetapi ditala oleh Nismo bagi menghasilkan 710 hp kuasa dan 780 Nm tork maksima.
Memanglah beli yang dah siap macam ni tak sama dengan menempah yang baru dengan kebebasan memilih aksesori yang ditawarkan. Namun model ini bukan calang-calang kerana pemilik asal turut melengkapkannya dengan sayap belakang hidraulik yang bernilai USD34,331 (RM159,639)! GT wing apa mahal macam ni bang?
Menurut Legendary Motorcar yang mengiklankan kereta ini. GT-R50 ini tidak pernah dipandu dan perbatuannya menunjukkan jarak sebenar sewaktu penghantaran sahaja. Harga asal dari kilang ialang USD1.1 juta (RM5.1 juta lebih kurang) dan buat masa sekarang harganya terkini tidak diketahui tapi dijangka ia jauh lebih mahal dari harga asal.

Apa lagi bagi yang mampu. Bagi yang tak mampu korang dah nampak tak kepentingan menjaga buah pinggang agar sentiasa sihat dan segar bugar.


