Buletin

POPULARITI SEMAKIN PUDAR, NISSAN TAMATKAN JUALAN MARCH DI JEPUN

Nissan Motor Co. dilapor bakal menamatkan jualan kereta kompak ikonik mereka, March di Jepun kerana populariti kereta terlaris syarikat itu semakin pudar selepas 40 tahun dilancarkan.

Gaya luarannya yang bulat memenangi hati pengguna di Jepun, termasuk wanita. Tetapi daya tarikannya kian hilang sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila terpaksa bersaing dengan kereta kompak seperti Toyota Yaris dan Honda Fit.

Jualan domestik kumulatif March yang pertama kali dilancarkan di Jepun pada 1982 telah mencapai sekitar 2.57 juta unit.

Pengeluaran kenderaan itu untuk pasaran Jepun dipindahkan ke Thailand untuk meningkatkan daya saing dan kos. Namun kini, pengeluaran untuk pasaran Jepun sudah ditamatkan.  Biarpun begitu, Nissan akan terus menjual March di luar negara yang dijenamakan sebagai Micra.

Menurut Persatuan Peniaga Automobil Jepun, jualan domestik March hanya 8,800 unit pada tahun lepas. Itu hanya kira-kira 10 peratus daripada jumlah jualan kereta kompak utama Nissan pada tahun yang sama iaitu sebanyak 90,000.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengecilkan barisan produk dan menumpukan sumber pada kenderaan elektrik.

Nissan kini mempersiapkan pelaburan sebanyak AS$14 bilion (RM62.8 bilion) bagi tujuan elektrifikasi menjelang fiskal 2026, sambil merancang untuk melancarkan 15 kenderaan elektrik sepenuhnya pada tahun 2030.

Google ads
Back to top button