Modifikasi

Odyssey Jalanan

SHARE

MPV rendah keluaran Honda ini nyata menyerlah dengan warna hijau yang begitu striking. 

Masa mula-mula Honda keluarkan kereta Odyssey ni, seluruh dunia terkejut. Macam mana sebuah MPV boleh jadi serendah ni? Walaupun dimensi rekaan kereta ini nampak sangat luar biasa, hakikatnya ia mampu menempatkan tujuh orang dewasa bersama bagasi dengan selesa.

Maksudnya, Honda bukanlah saja mengada-ngada nak buat MPV yang benar-benar sport. Tetapi mereka mencipta satu kenderaan yang boleh membawa keluarga dan boleh bawak berlumba.

Pengorbanan Honda menghasilkan sebuah MPV pada titik graviti yang rendah dan bumbung sama tinggi dengan Myvi memang berbaloi. Pengandaliannya sama saja dengan kereta sedan. Suspensinya bukan jenis torsion beam seperti Estima.

Mekanika-Odyssey-hijau-2

Malah kalau tengok sejak zaman dulu lagi Honda buat kereta-kereta up market mereka dengan sistem suspensi independent yang maksudnya roda kiri dan kanan belakangnya bebas bergerak yang sudah tentulah sangat bagus untuk pengendalian. Suspensi Toyota pula lebih kepada kereta membawa ibu mengandung.

Ketika kereta ini keluar pada 2004, harganya juga kemain mahal. Yang masuk sini pun ialah Type M, jenis memang spec Opah habis dengan enjin 160hp K24 bersesaran 2.4 liter.

Tempat duduknya pun kulit warna beige dan panel kayu pada dashboard. Musuh kepada Type M ini ialah versi Absolute yang hanya dibawa masuk oleh pengimport kereta recond. Absolute datang dengan seat bersulam kulit/fabrik hitam biru, panel karbon, rim 17 (18 selepas facelift pada 2006), suspensi lebih rendah dan bodykit yang cun.

Jadi, gua percaya ramai yang minat MPV ni termasuk gua. Ia boleh jadi MPV pada hujung minggu dan jadi wagon pada malam minggu. Salah seorang peminat MPV ni ialah brader Syukri yang gua kenal dalam 4 atau 5 tahun lepas. Lama betul tak jumpa brader ni sampaikan gua tak tahu banyak kereta-kereta lamanya sebelum ni dah berganti dengan model-model baru.

Mekanika-Odyssey-hijau-3

Bila mula beli kereta, ia direndah menggunakan sports spring dan kemudiannya rim saiz 18 ini. Masa rim 18 inci belum common sangat dan nampak cun pada RB1. Lama juga kereta ni merayap ke hulu ke hilir menyebabkan orang-orang seperti gua bertambah menderita. Argh!!!! Tension!!!

Baru-baru ini Brader Syukri telah membuat keputusan untuk menjadikan Odyssey beliau lebih outstanding. Apa lagi, tukar kaler lah. Beliau memilih warna Lime Green jenis striking punya. Warna ni biasanya Gallardo je pakai der. Percubaan ini amatlah berani pada gua dan hasilnya memang menakjubkan sebab gua pernah jumpa Alphard pakai kaler ni. Nasihat gua lebih baik jangan. Dah rupa van Maxis dari jauh.

Mungkin sebab bentuk MPV ni yang lebih mirip kepada kereta. Sebelum mengecatnya, Brader Syukri memasang bodykit V-Vision yang melibatkan bumper depan dan panel skirting pada bahagian sisi. Bodykit ni memang lebih agresif berbanding Modulo, Mugen atau pun Absolute. Apatah lagi dengan versi tailgate jenis facelift dengan lampu sebaris belakang tu.

Bumper yang gemuk dan panel tepi yang kembang itu sudah tentu menyebabkan rim 18 inci jadi kecik. Jadi, brader Syukri menggantikan rimnya kepada 19 inci Feldaramus buatan Taiwan dengan tayar Michelin 245/35 yang low profile. Lepas tu beliau pakaikan dengan suspensi jenis adjustable TEIN Super Wagon yang dilaras pada tahap rendah begitu.

Dia punya rendah, jangankan kucing, adik ipar tikus pun kena buat gimnastik nak lalu ikut depan bumpernya. Peh. Ganas juga gua punya perumpamaan.

Enjin kereta ni tidak diusik melainkan penggantian penapis udara asal kepada airbox dan penapis udara K&N. Enjin ni pun dah kira cukup sedap dah untuk kategori MPV. Memang ada yang turbo kitkan enjin ni paedah apa entah. Baik turbokitkan K20A Civic ataua K24 Accord lebih berbaloi-baloi. Kalau udah nama MPV, tak buat dek orang masuk trek hujung minggu.
[hr top]

Spesifikasi
[hr_invisible]

Model: Honda Odyssey RB1

Enjin: K24 iVTEC, penapis udara K&N dengan suction box Top Fuel.

Kotak gear: 5 kelajuan automatik

Suspensi: TEIN Super Wagon

Brek: Standard

Rim: Feldaramus 19 inci

Tayar: Michelin 245/35/19

Dalaman: Standard Type M fullspec, CBU Honda.

Luaran: Bodykit V-Vision, sunroof, warna Lime Green
[hr top]

Gallery
[hr_invisible]

Mekanika-Odyssey-hijau-4Mekanika-Odyssey-hijau-5
[hr]

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.

Leave a Reply

Back to top button