Pandu Uji

MERCEDES-BENZ S400L HYBRID – RM587,888!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini menyampaikan berita gembira kepada pengguna tempatan apabila mengumumkan bahawa model Mercedes-Benz S400L HYBRID ditawarkan pada harga cuma RM587,888 seunit tidak termasuk insurans. 

SONY DSC

Sewaktu memperkenalkan model tersebut pada Mac lalu, MBM menyatakan harga anggaran model hibrid itu adalah sekitar RM888,888 seunit. Menurut MBM, pihaknya telah melabur sebanyak RM15 juta untuk membolehkan kilangnya di Pekan Pahang berupaya memasang S400L HYBRID.

Ini adalah sebahagian daripada usaha MBM untuk menyokong hasrat Malaysia menjadi hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

Mercedes-Benz S 400 HYBRID (W 222) 2013

“Kami telah bekerja keras untuk membawakan S-Class sebagai sebuah kenderaan hibrid ke pasaran tempatan. Kami juga sudah melabur sejumlah wang yang besar untuk menyediakan saluran pengeluaran dan tenaga kerja di kilang Pekan. Ini sememangnya  satu lagi pencapaian hebat buat Mercedes-Benz Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Roland Folger.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum menyatakan dengan S400L HYBRID layak menerima pengecualian cukai sepenuhnya daripada kerajaan, pihaknya berbangga kerana mampu menyumbang dalam membantu Malaysia menjadi hab EEV di rantau ini.

SONY DSC

S400L HYBRID dilengkapi pelbagai inovosi teknologi termaju Mercedes-Benz. Model ini juga dibina berdasarkan kepada tiga elemen kejuruteraan iaitu Pemanduan Pintar (Intelligent Drive), Teknologi Efisien (Efficient Technology) dan Kemewahan sebenar (Essence of Luxury).

Jentera ini juga tidak berkompromi dari aspek keselamatan menerusi teknologi PRE-SAFE® dan DISTRONIC PLUS.

Mercedes-Benz S 400 HYBRID (W 222) 2013

Menjadi model asas untuk keluarga S-Class, S400 HYBRID dikuasakan oleh unit enjin 3.5 liter V6 CGI berkuasa 306hp @ 6,500rpm dan tork 370Nm @ 3,500-5,250rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-TRONIC PLUS yang dibantu oleh satu pek bateri Lithium-Ion berkapasiti 20kW.

Modul hibrid kompak itu terdiri daripada satu motor elektrik berbentuk cakera yang bertindak sebagai starter dan alternator.

Mercedes-Benz S-Klasse, (W 222), 2012

Kombinasi rangkaian kuasa itu membolehkan S400 HYBRID mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.3 liter untuk setiap 100 kilometer. Ia merupakan penjimatan sebanyak 20 peratus berbanding model terdahulu. Jika dilihat pada prestasi pula, jentera itu mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan dihadkan kepada 250km/j.

Dengan harga yang sangat menarik, memang tidak dapat dinafikan bahawa inilah masa terbaik untuk anda memiliki sebuah S-Class!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button