,
Motosikal

PASUKAN REALE AVINTIA SINGIKIR KAREL ABRAHAM UNTUK BERI LALUAN KEPADA ZARCO?

Nampaknya, bukan Jorge Lorenzo sahaja yang mengumumkan bersara daripada saingan MotoGP pada musim ini.

Pengumuman bersara yang dibuat oleh pelumba Reale Avintia, Karel Abraham nyata mengejutkan ramai pihak. Harus tahu bahawa Abraham masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan Avintia.

Sebelum ini, timbul khabar angin Avintia mahu mengambil bekas pelumba pasukan KTM, Johann Zarco untuk menyertai mereka. Tetapi, Zarco dilapor tidak berminat kerana pasukan itu tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Abraham juga ada mengeluarkan kenyataan adakah Zarco mampu membawa penaja ke dalam pasukan Avintia sebagaimana yang telah dilakukannya. Situasi dilihat semakin jelas apabila dia menerima emel supaya tidak perlu datang ke sesi ujian di litar Jerez.

Justeru, dalam satu sesi meet and greet, Abraham memberitahu Avintia telah melanggar kontrak dan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Menyifatkan tindakan Avintia sebagai tidak profesional, Abraham turut mendedahkan pasukan itu sebenarnya mengalami masalah kewangan.

Abraham mendakwa ada mekanik yang tidak dibayar gaji dan tidak dapat diterbangkan ke litar Sepang pada November lalu akibat masalah tersebut.

Perkembangan ini menyebabkan timbul dakwaan Avintia menyingkirkan Abraham kerana mahu menggantikannya dengan Zarco. Wujud juga laporan bahawa Avintia cuba memujuk Zarco dan menyatakan ia akan menjalin kerjasama lebih rapat dengan Ducati.

Pelumba berusia 29 tahun itu memulakan karier perlumbaan dalam kelas 125cc pada tahun 2005, sebelum beralih ke kelas 250cc dua tahun kemudian. Dia meraih kemenangan pertamanya dalam perlumbaan Moto2 di litar Valencia pada tahun 2010.  

Berasal dari republik Czech, Abraham pernah berlumba menggunakan jentera Ducati, Aprilia (ART dan Honda sepanjang berada dalam kelas premier selama lapan musim. Dia bermula dengan pasukan milik ayahnya Cardion AB, sebelum Aspar dan Avintia.

Sehingga kini, Avintia masih belum mengesahkan pengunduran Abraham dan pelantikan Zarco. Walaupun Zarco mungkin akan berada di litar Jerez hari ini. Jika benar, ini akan menjadi jenama keempat Zarco dalam tempoh hanya setahun.  

Sekiraya tidak, Zarco perlu menunggu sesi ujian di litar Sepang pada Februari depan untuk menguji jentera Ducati.

Sama-sama kita tunggu apa kesudahan drama ini.

Tags
Google ads
Back to top button