Buletin

PERODUA BERI SUMBANGAN KEPADA RUMAH CLEMENT BAYANG

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo yang melibatkan enam unit Perodua Aruz yang kini sedang berlangsung di Malaysia Timur telah singgah ke Rumah Clement Bayang.

Mereka mengambil peluang untuk menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 20 keluarga yang tinggal di sana.

Dibantu oleh wakil jualan dan servis sah Perodua, Otostabil Sdn Bhd, antara barangan keperluan yang disumbangkan termasuklah beras, minuman malt coklat, minyak masak dan peti pertolongan cemas.

Sumbangan tersebut melibatkan lebih 100 orang penduduk dengan nilai keseluruhan mencecah RM3,000.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua komited untuk memberi sokongan dan membantu rakyat Malaysia, pada bila-bila masa walau di mana sahaja,” kata Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penduduk Rumah Clement Bayang.

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berlepas dari Kuching semalam. Konvoi dengan enam unit Aruz akan menjelajah sehingga ke Tawau, mengambil masa selama 7 hari dengan jarak perjalanan kira-kira 1,500 km bermula dari 16-22hb Mac.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

Tags
Google ads
Back to top button