
PERODUA VIVA D-SUKAN (D SPORT LAH!)
Selepas merehatkan model popular Kancil dan Kelisa, Perodua tampil menawarkan Viva sebagai model gantian. Masih lagi kecik dan praktikal, namun lebih menjimatkan kerana datang dengan enjin berteknologi DVVT yang tentunya lebih efisyen.

Dari segi trend milikan, Viva menjadi pilihan sebagai kereta pertama bagi mereka yang baru berdikari atau dijadikan kereta kedua untuk mereka yang berkeluarga. Betul dah tu. Cuma yang tak logiknya bila varian paling premium ketika itu, dijual pada harga yang hampir sama dengan model asas sedan nasional. Itu pun ada yang beli.
BACA: VIVA AVY 07
Tapi Mogan tak beli yang tu, sebaliknya mengambil langkah bijak dengan memilih varian yang biasa aje. Tentunya ada misi naik taraf yang ingin dicapai. Sebaik melihat senarai komponen dan aksesori yang digunakan, rasanya bukan calang-calang. Biasalah kalau bikin ikut katalog. Lagi-lagi jika konsep seperti D Sport yang dipilih. Yang mana tengah main tahulah camana rasanya.
Untuk permulaan, bahagian luar telah digantikan dengan kit badan lengkap milik Mira Avy RS, meliputi keseluruhan bahagian depan, sisi dan belakang. Ini ramai buat. Yang jadi lain bila ia dipadankan dengan pelbagai aksesori terpilih, seperti grill depan, visor dan lip bumper versi X Limited, termasuk tambahan emblem, wing bonet, lining pintu, parking pool, juga garnish berkrom pada pintu, signal dan bumper belakang.

Aksesori D Sport pulak ada skru nombor plet serta cangkuk towing untuk depan dan belakang. Takde stiker D Sport pun. Dulu memang ada, tapi ditanggalkan untuk mengelak tumpuan si gadis manis.
BACA: PEMBURU EMAS. VIVA AVY YRV
Nak lagi manis, ruang roda diisi rim Volk Racing RE30 dengan tayar Silverstone FTZ dari saiz 175/50R-15. Nat pengikat roda dah tentu D Sport punya.

Ia kemudian direndahkan dengan set suspensi boleh laras RSR, termasuk padanan bar penstabil D Sport untuk depan dan belakang. Malah sistem brek depan juga menerima komponen dari D Sport untuk bahagian cakera dan hos brek.
Kedudukan enjin asal nampaknya tidak bertahan lama apabila digantikan dengan enjin Mira Avy RS yang lebih kecik. Selain dicantikkan, beberapa peningkatan turut dibuat ke atas enjin ini.
Antaranya penggunaan turbo IHI VF33, paip intercooler kustom, serta injap pelepas Pusshun R dari Take Off. Boost yang terhasil, seterusnya di bawa ke throttle body Charade G200 yang melekat pada manifold kemasukan Velocity.

Bagi menggalakkan proses pembakaran, sistem bahan api dibantu pam petrol Walbro, set injektor GSR serta unit regulator Arospeed. Untuk sistem pacuan pulak, ia kini menggunakan kotak gear manual dari Viva 1.0 sambil dilapik set klac dari D Sport.
Seperti luar, belah dalam juga menerima komponen asas dari Mira Avy RS. Ia kemudian diserikan dengan stereng, tempat duduk, serta trim jenis marble dari model X Limited.

Paling banyak rangkaian aksesori yang rare macam tombol gear D Sport, sarung tempat duduk, side step, ionizer, jam konsul, hanger, sistem penggera, autostart dan autolight, serta rangkaian lampu tambahan di sana sini. Isyh! Penat pulak nak tulis semua. Juga kelihatan deretan gajet elektronik jenama Apexi seperti meter, pemasa enjin, RSM, AVC-R dan AFC Neo.
BACA: VIVA AVY ABANG BOMBA
Atas sebab tertentu, Mogan telah merombak semula kereta ini kepada standard. Abis segala benda dijualnya. Ada konsep baru kot, tak pun pencen terus…
-PAK MAUN-
KREDIT KAKIKERETA.COM
Spesifikasi
Pemilik Mogan Devandran
Pengeluar Perodua
Model Viva 850EX
Tahun 2008
Enjin asal ED-VE 850cc
Modifikasi Enjin EF-DET 660cc Mira Avy RS, penapis udara HKS, turbo IHI VF33, paip intercooler kustom, injap pelepas Pusshun R Take Off, throttle body Charade G200, manifold kemasukan Velocity, pam petrol Walbro, injektor GSR, regulator Arospeed, termostat, penutup minyak & radiator D Sport
Transmisi Kotak gear manual Viva 1.0, set klac DSport Ekzos D Sport
Luaran Kit badan Mira Avy RS, grill depan, visor & lip bumper X Limited, emblem, wing bonet, lining pintu, parking pool & garnish berkrom Mira Avy, skru nombor plet & cangkuk towing D Sport Suspensi RSR
Brek Cakera & hos brek D Sport (depan)
Rim & Tayar Volk Racing RE30 15-inci & Silverstone FTZ 175/50R-15
Dalaman Komponen asas Mira Avy RS, stereng, tempat duduk & trim marble X Limited, tombol gear D Sport, sarung tempat duduk, side step, ionizer, jam konsul, hanger, sistem penggera, autostart, autolight & rangkaian lampu tambahan, meter, pemasa enjin, RSM, AVC-R & AFC Neo Apexi, sistem audio Carrozzeria
Bengkel Tora Tora Motorsport, Shah Alam
GALERI



































