Buletin

PERONDA LEBUH RAYA CALIFORNIA TEMUKAN 35 JENTERA MEWAH. ANGGARAN BERNILAI RM9.7 JUTA

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menganggarkan kira-kira 721,885 kenderaan bermotor telah dicuri di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2019.

Bagaimanapun, satu kes di California menimbulkan keresahan apabila pihak berkuasa menemukan kira-kira 35 kenderaan mewah yang “dibeli secara penipuan daripada pengedar tempatan tanpa mencurigakan.”

Menurut laporan Peronda Lebuh Raya California, serbuan dilakukan selepas melakukan siasatan selama dua bulan terhadap kecurian sejumlah besar kenderaan mewah.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan secara terperinci tetapi serbuan terbabit berjaya menemukan beberapa kenderaan curi.

Ia termasuk Aston Martin Vantage, Bentley Continental GT dan Corvette C8.

Melalui gambar kelihatan pelbagai jenis Mercedes crossover dan BMW 8 series coupe.

Peronda Lebuh Raya California tidak mengeluarkan senarai penuh kenderaan-kenderaan yang ditemukan tetapu antara jenama termasuk Jaguar, Land Rover, Lexus dan Porsche.

Nilai kenderaan-kenderaan terbabit dianggarkan kira-kira AS$2.3 juta (RM9.7 juta).

Siasatan masih dijalankan pihak berkuasa. – carscoops

Google ads
Back to top button