Motosikal

PIALA BAKAT ASIA SHELL ADVANCE 2015

Sempena pelancaran minyak enjin skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 baru-baru ini, Shell Malaysia turut melancarkan secara rasmi kempen pencarian penunggang muda Malaysia untuk menyertai cabaran Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) 2015 

Piala-Bakat- Asia-Shell-Advance-2015-Mekanika (8)

Dalam kejohanan sulung pada tahun ini, seramai 22 penunggang muda, termasuk tujuh penunggang Malaysia, telah dipilih oleh bekas pelumba legenda Sepanyol Alberto Puig. Mereka akan bersaing dalam lapan perlumbaan di enam pusingan di Qatar, Indonesia, China, Jepun dan Malaysia.

Piala-Bakat- Asia-Shell-Advance-2015-Mekanika (1)

“SAATC adalah peluang sekali seumur hidup untuk berlatih dan berlumba di peringkat yang sangat kompetitif. Kami benar-benar berharap dapat mencungkil lebih ramai bakat tempatan yang pada suatu hari nanti boleh bertanding di peringkat perlumba motorsikal paling tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail.

Piala-Bakat- Asia-Shell-Advance-2015-Mekanika (5)

Bagi menghangatkan lagi promosi SAATC, tiga orang pemenang hadiah utama akan dihadiahkan dengan motosikal lumba SAATC yang eksklusif serta pengalaman VIP di MotoGP Malaysia 2014 di Sepang pada Oktober oleh pihak Shell Advance.

Selain itu, sebanyak 500 Pakej Perlumbaan SAATC yang merangkumi jaket SAATC eksklusif dan pek minyak Shell Advance Ultra 4T turut boleh dimenangi.

Piala-Bakat- Asia-Shell-Advance-2015-Mekanika (6)

Peraduan melalui SMS ini berlangsung dari 1 Mei hingga 1 Ogos 2014 di Semenanjung Malaysia serta bermula 1 Jun hingga 1 Ogos 2014 di Sabah dan Sarawak. Ia dibuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal Shell Advance 4T termasuklah minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 baharu.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu memberikan kod unik 5 digit yang didapati pada pek bersama kod kedai dan menjawab satu soalan mudah melalui SMS. Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari laman web www.shell.com.my/advance-ride-on.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button