Artikel Pilihan

PORSCHE PERLUKAN 100 PEMBELI UNTUK CUKUPKAN SYARAT PRODUKSI CAYMAN GT4 RALLY

Beberapa bulan lepas kami dapat tahun tentang kewujudan model rali Porsche Cayman GT4 yang diasaskan daripada  model 718 Cayman GT4. Ia memang kelihatan cukup hebat dan menggiurkan tapi sayangnya pada masa itu ia belum pasti akan memasuki tahap produksi walaupun dalam jumlah yang terhad.

Nasib baik, pihak rancangan Top Gear telah menerima jawapan daripada ketua Porsche Motorsports, Frank-Steffen Walliser. Beliau menyatakan yang ramai pihak telah memberikan respon yang baik kepada kereta rali GT4 tersebut.

Bukan hanya pemandu rali, pasukan dan peminat yang teruja, malah 5 pemandu WRC terbaik juga menyatakan minat untuk memandunya. Ia merupakan jentera RWD sejati dan akan menghasilkan bunyi yang hebat bila membelok di dalam laluan hutan.

Walliser dan pasukannya sendiri telah menghasilkan sebuah model demonstrasi untuk mendapatkan pengalaman sebenar contohnya bagaimana mendapatkan setting terbaik dan (di mana nak letak tayar gantian). Mana boleh main teori je, jadi jalan yang terbaik ialah menghasilkannya. Okey jadi sekarang adakah Porsche akan menghasilkannya untuk jualan?

BACA: GG RETROFITZ TUKAR YAMAHA R25 JADI CAFE RACER

Okey jawapan dari dari Walliser ialah Porsche memang mahu menghasilkannya tetapi dengan satu syarat. Mereka perlu menjualnya sebanyak 100 unit untuk mendapat lampu hijau produksi.

Prototaip yang sudah siap membolehkan mereka menyelesaikan sebarang persoalan berkenaan teknikal dan mekanikal sekaligus memudahkan proses produksi. Tapi bisnes masih tetap bisnes, mereka mahukan keuntungan dan membuat duit dalam setiap langkah mereka. Ini bukan pelaburan berskala kecil.

Pihak akaun Porsche sudah pun membuat perkiraan berapa unit yang perlu dijual mendapat pulangan balik yang setimpal. Selain dari kami di sini, adakah lagi peminat yang berani untuk membelinya macam kami? Rilek, sembang bukan kena bayar kan?

Kredit Carbuzz.com

 

Google ads
Back to top button