Motosikal

PROMOSI AKHIR TAHUN VESPA LT150, PRIMAVERA 150 & GTS 150

Pengedar tunggal skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) kini mengadakan promosi akhir tahun Vespa.

Vespa-GTS-promo-mekanika

Promosi yang bermula 1 Oktober hingga 31 Disember itu melibatkan model-model seperti Vespa LT150, Primavera 150 dan GTS 150. Dengan adanya promosi tersebut, pelanggan akan menikmati pendaftaran dan insurans selama setahun secara percuma. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi jaminan selama dua tahun serta perkhidmatan Bike Assist selama setahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

LT150 ialah pengganti bagi model LX150 dan ditawarkan pada harga RM9,888 seunit (tidak termasuk insurans).

Sudah boleh dibeli daripada pengedar sah Vespa yang mengambil bahagian, bayaran  untuk Vespa LT150 ialah RM242.25, Primavera 150 (RM315.88) dan GTS 150 RM369 sebulan.

Vespa-Primavera-promo-mekanika

Vespa Primavera mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada September 2014. Dibina berasaskan kepada elemen rekaan model Vespa 946, Primavera dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 155cc. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear CVT itu mampu menjana kuasa 11.7hp dan tork 12Nm @ 5,000rpm.

Primavera hadir dalam pilihan warna-warna menarik seperti merah, putih, hitam dan biru cair pada harga asas RM11,888 seunit.

Vespa-GTS-150-mekanika

Vespa GTS 150 pula ialah model Vespa yang mempunyai saiz paling besar. Selain enjin bersesaran 155cc, varian GTS turut terdiri daripada  GTS 250 dan GTS 300. GTS 150 boleh anda miliki pada harga bermula RM16,800 seunit.

 

Google ads
Back to top button