Buletin

PROTON X50 CATAT 27,400 TEMPAHAN. 447 UNIT TELAH DISERAHKAN KEPADA PEMBELI

PROTON menyatakan bahawa model terbaharunya, X50 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pengguna di Malaysia. 

Sebanyak 27,400 tempahan telah diterima setakat akhir bulan lalu. Daripada jumlah itu, 447 unit telah diserahkan kepada pembeli. 

“PROTON ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menempah Proton X50. Kami sedang berusaha untuk memastikan penghantaran kenderaan dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terakhir 2020,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Proton EDAR, Roslan Abdullah. 

Minggu lalu, PROTON mengumumkan harga rasmi untuk X50. Crossover yang didatangkan dalam empat varian – Standard, Executive, Premium dan Flagship itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 hingga RM103,300 seunit. 

Pelanggan boleh memilih daripada empat warna menarik iaitu putih, perak, kelabu, biru, merah dan oren. 

Seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sambutan luar biasa yang diterima oleh X50 berkemungkinan besar membuatkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk memandu kereta masing-masing. 

Google ads
Back to top button