Motosikal

RAKAM ANAK PEREMPUAN 5 TAHUN TUNGGANG SKUTER, BAPA DIKECAM NETIZEN

Tindakan seorang bapa  merakam video anaknya yang berusia lima tahun menunggang motosikal dikecam netizen yang menyifatkan aksi itu sebagai berbahaya, lapor laman berita Viva  kelmarin.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram,  seorang kanak-kanak perempuan  dilihat menunggang motosikal jenis skuter di satu kawasan lapang. Kaki kanak-kanak itu bagaimanapun tidak cukup panjang untuk berpijak ke tanah.

Budak perempuan berusia lima tahun itu dikatakan sedang belajar menunggang motosikal sambil diawasi bapanya.

“Kanak-kanak belajar menunggang motosikal di bawah pengawasan bapanya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut. Video berkenaan menjadi tular dan menerima kecaman kerana  perbuatan tersebut dianggap  berbahaya.

“Mengapa mahu ajar anak sekecil itu menunggang motosikal? Mahu kelihatan hebatkah? Itu bukan sayangkan anak, itu membahayakan anak,” kata seorang netizen.

“Kalau terjadi apa-apa perkara buruk, barulah ibu bapa mahu menangis. Kalau sayangkan anak, jagalah baik-baik,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – AGENSI 

Google ads
Back to top button