
RASMI: BENDA CHINCHILLA 500 DIPERKENAL – RM27,888
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal BENDA di Malaysia telah memperkenalkan tawaran terbaru menerusi Chinchilla 500 dengan harga jualan rasmi RM27,888.

Untuk rekod, Chinchilla 500 membuat debut global ketika di China International Motorcycle Trade Exhibition (CIMA) yang berlangsung pada September tahun lalu. Ini bermakna, Malaysia antara pasaran awal yang menerima cruiser terbaru itu dari BENDA.

Meskipun berkongsi enjin V-Twin 500cc sama dengan Napoleon 500 namun Chinchilla 500 menawarkan kuasa yang lebih tinggi dengan 52.3hp pada 9,300rpm dan 48Nm pada 6,000rpm berbanding 47hp dan 42Nm. Ini kerana enjin tersebut telah dinaik taraf bagi tahun 2025.

Selain enjin dinaik taraf, Chinchilla 500 beruapaya mencapai kelajuan maksima sehingga 150km/j berbanding 145km/j yang ditawarkan Napoleon 500.
Menariknya, BENDA juga berjaya menurunkan berat Chinchilla 500 generasi baharu ini kepada 212kg berbanding 215kg sebelum ini.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- im 16-inci
- panel meter TFT
- tangki bahan api 16L
- ABS dwi-saluran
- traction control
- brek J.Juan
GALERI: BENDA CHINCHILLA 500











