
TUKAR KAPCAI DENGAN NINJA ZX-25R BAHARU – MODENAS
MODENAS mengumumkan kempen terbaru yang membolehkan pemilik motosikal menukar motosikal kapcai lama dan terpakai bagi pembelian Modenas Ninja ZX-25R SE atau Ninja ZX-25RR.

Kempen “Next Level Trade-In: Unlock RM888” itu menyaksikan MODENAS akan menambah RM888 ke atas harga pasaran semasa bagi kapcai lama dan terpakai pelbagai jenama (dari 110cc hingga 200cc sahaja) bagi pembelian Ninja ZX-25R SE dan ZX-25RR. Ini bermakna pelanggan akan menikmati penjimatan lebih dalam pembelian motosikal idaman mereka.
MODENAS dalam satu kenyatana memaklumkan bahawa promosi istimewa itu hanya sah sehinggga 31 Disember 2024 sahaja.

Bagi melayakkan diri, pelanggan perlu melakukan ‘trade-in’ dalam tempoh ditetapkan sahaja dan motosikal jenis ‘skuter’ adalah tidak layak untuk menikmati tawaran terhad ini.
Modenas Ninja ZX-25R SE dan ZX-25RR merupakan satu-satunya model sportsbike 250cc 4-silinder yang ditawarkan di Malaysia dan menawarkan 51hp (dengan Ram-Air) pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm.