
ROSSI TUNGGANG YZR-M1 DI GOODWOOD
Penunggang pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi buat pertama kali mengambil bahagian dalam acara Goodwood Festival of Speed 2015 yang diadakan di Goodwood, Britain. Penganjurnya, Lord March dilaporkan telah membina sebuah garaj untuk mempamerkan jentera-jentera lumba sepanjang zaman bagi menunjukkan semangat perlumbaan Yamaha. Motosikal-motosikal yang pasti mendapat perhatian peminat Yamaha di Eropah termasuklah model YZR-M1 (2015).
Di samping jentera lumba seperti RD56 (1965) dan YZR500 (1975) yang ditunggang oleh Phil Read dan Giacomo Agostini yang menggunguli kejohanan dunia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an.
Rossi yang baru sahaja menduduki tempat pertama dalam pusingan kelapan MotoGP 2015 di Belanda tampil menunggang sebuah YZR-M1 berwarna kuning, warna ulang tahun ke-60 Yamaha.
Penyertaan dalam Goodwood Festival of Speed pada tahun ini memberi peluang terbaik untuk Yamaha membuka lembaran baharu dalam sejarah korporat dan perlumbaannya.