
SAMI PAJARI AKAN MEMANDU GR YARIS RALLY2 MUSIM INI
Bekas Juara FIA Junior WRC, Sami Pajari akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan bertukar angin dengan menyertai pasukan baharu Prinsport Racing bagi kempen WRC2 musim 2024 ini. Malah bukan itu sahaja, pemandu muda yang berasal dari Finland akan memandu jentera serba baharu, GR Yaris Rally2.
Sami Pajari dan Juruarah Enni Mälkönen musim lalu menghabiskan musim kempen WRC2 bersama pasukan Toksport dengan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Sudah tentu peralihan ke jentera serba baharu yang cukup dinantikan oleh semua pihak, GR Yaris Rally2 ini mengujakan beliau.
“Saya berterima kasih kepada semua rakan strageik kami atas peluang untuk meneruskan kerjaya saya dalam projek baharu yang menarik ini. Ucapan terima kasih khususnya kepada penyokong jangka panjang saya, CapitalBox, yang semuanya sangat percaya kepada saya. Seronok melihat kerjasama kami berterusa,” ujar Sami Pajari.

Pemandu Finland yang berusia 22 tahun itu telah sempat menguji jentera GR Yaris Rally2 ini di Perancis pada tahun lepas dan berasa sangat gembira dengan pengumuman khabar berita tentang pengesahan proses homologasi telah berjaya diperolehi oleh pengeluar dari Jepun tersebut pada minggu lepas.
“Apabila Toyota telah menghasilkan kereta yang pernah memenangi kejuaraan sebelum ini, saya juga percaya tentang visi mereka pada masa hadapan. Sebab itu mengapa saya benar – benar mahukan jentera ini terutamanya kini saya memiliki peluang yang unik untuk memandunya buat pertama kali di pentas WRC,” tambah Sami Pajari lagi.

Sungguh pun beliau berasa terusa dan gembira dengan musim baharu yang bakal memulakan aksi pada penghujung bulan ini, namun Sami Pajari tetap memberikan penghargaan kepada pasukan Toksport yang pengkalan di Jerman itu.
“Ianya adalah sebuah pasukan yang hebat yang mana saya perolehi sokongan yang tidak berbelah bagi serta pelajaran yang cukup berharga. Toksport adalah sebuah tempat untuk saya berkembang sebagai pemandu dalam apa jua cara. Prestasi jentera Skoda sentiasa terbaik dan juga lancer. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Pasukan Serkan Duru tulus dari ikhlas dari saya sepajang kami bekerjsama,” ujar Sami Pajari lagi.
Musim WRC2 2023, Sami Pajari pernah memenangi sekali perlumbaan kelas yang disertainya ketika perlumbaan di rumah sendiri, Rally Finland.
BACA : WRC2 – SAMI PAJARI HEBAT DI BUMI SENDIRI SECTO RALLY FINLAND