Motosikal

KAWASAKI KLX 150 KHUSUS UNTUK OFF-ROAD DILANCARKAN DI INDONESIA

PT Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini memperkenalkan varian terbaharu KLX 150 yang direka khas untuk tujuan off-road.  

Kawasaki-KLX-150-off-road-mekanika (2)

Memandangkan ia tidak direka untuk kegunaan jalan biasa, model ini tidak dipasang dengan lampu, cermin pandang belakang dan nombor plat.

Seperti yang dijangka, jentera itu memiliki kuasa tork lebih tinggi iaitu 12Nm @  6,500rpm berbanding KLX 150 biasa. Suspensi pula boleh dilaras sepenuhnya yang  jelas mampu meningkatkan prestasi ketika di atas laluan off-road.

Kawasaki-KLX-150-off-road-mekanika (1)

KLX ini juga lebih ringan, iaitu hanya 99kg. Ia dilengkapi swing arm aluminium, selain peredam dan tangki yang diperbuat daripada material ringan. Karekter sebuah motosikal off-road diserlahkan lagi menerusi tahap kelegaan tanah yang tinggi iaitu 315mm.

KLX baharu ini ditawarkan pada harga Rp35,900,000 (RM11,000) seunit. Mahal jugak rupa-rupanya…

Google ads
Back to top button