
Buletin
SEBAB DENDAM PERIBADI, 20 KERETA HANGUS TERBAKAR
Pihak berkuasa dikejutkan dengan panggilan mengenai kebakaran di kawasan Subhash Nagar Delhi sekitar 4:30 pagi.
Justeru, tujuh pasukan bomba dikerahkan ke kawasan tersebut sebelum api berjaya dipadamkan.
Menurut laporan, seorang lelaki membakar sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta bertingkat, hingga menyebabkan 20 kereta lain terbakar sepenuhnya.

CCTV yang dipasang di tempat letak kereta menunjukkan seorang lelaki tiba dengan menaiki Honda CRV berwarna putih.
Suspek dipercayai membakar tayar Ertiga kerana ingin membalas dendam terhadap pemiliknya, Ishan kerana permusuhan peribadi.
Pasukan polis kemudian berjaya menangkap serta mengenal pasti lelaki itu sebagai Yash Arora, berusia 23 tahun dan tinggal di Subhash Nagar.








