Buletin

SETRA S 531 DT: BAS DUA TINGKAT TERMEWAH DI DUNIA

Semasa musim perayaan ataupun untuk balik kampung, bas ekspres merupakan pilihan yang paling popular di negara kita. Tiketnya jauh lebih murah daripada menggunakan kapal terbang dan anda tidak perlu check-in awal dan terpaksa turun dua atau tiga jam lebih awal kerana jarak rumah dan lapangan yang cukup jauh. Malah berdasarkan pengalaman jarang sekali bas ekspres lewat berlepas berbanding kapal terbang.

Negara kita juga mempunyai pilihan bas ekspres yang cukup banyak dengan rata-ratanya menggunakan bas-bas moden dengan teknologi termaju. Malah ada juga yang menyediakan kelas perniagaan dengan harga tiket yang lebih tinggi. Masih ingat dengan Executive Coach yang pernah ada suatu ketika dahulu? Ia dioperasikan oleh Mara Holding lengkap dengan pramugari untuk melayan penumpang di sepanjang perjalanan.

BACA: MERCEDES 6X6? BUKAN. INI IALAH HASIL MODIFIKASI SUZUKI JIMNY PELAJAR KOLEJ JEPUN

Kini Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah model baharu yang bakal menjadi revolusi dalam pengangkutan darat. Ia dinamakan Setra S 531 DT yang merupakan sebuah bas dua-tingkat termewah di dunia. Ia dikatakan sebuah bas yang sangat aerodinamik dengan penghasilan bunyi bising yang rendah dan sangat menjimatkan bahan api.

Deknya juga dihasilkan agak rendah untuk membuatkan penumpang merasa lebih selesa seperti menaiki kereta sendiri. Malah ia juga mempunyai paparan visual interaktif di segenap penjuru selain bar pemegang pada bahagian tangga untuk memudahkan penumpang turun naik.

Malah untuk keselesaan penumpang ia turut mempunyai alat pewangi khusus Mercedes-Benz sama seperti yang dilengkapi pada model S-Class. Ia mengeluarkan aroma yang sangat menyegarkan sebaik sahaja anda memasuki ruang dalam S 531 DT ini.

Setra S 531 DT juga turut mempunyai ciri keselamatan terbaru yang buat pertama kalinya dipasang pada sebuah bas iaitu Active Brake Assist 4 dan Sideguard Assist. Ia membolehkan bas ini berhenti sebelum ia melanggar sesuatu objek ataupun pebih-lebih lagi jika ada pejalan kaki berdekatan.

BACA: BANGUN SEPERTI TIADA APA YANG BERLAKU SELEPAS DIREMPUH BAS DUA TINGKAT

Ia juga dilengkapi dengan sensor yang berfungsi seperti radar untuk mengesan jika ada pejalan kaki ataupun penunggang basikal dan juga motosikal. Malah ia turut dilengkapi dengan sistem Lane Changing Assist yang sebelum ini hanya dipasang pada model-model kereta mewah.

Jika ia dibawa ke Malaysia suatu hari nanti rasanya, ramai yang berfikir dua kali sama ada ingin menaiki pesawat terbang ataupun bas ekspres terbaru ini. Kalau untuk ke Ipoh rasanya, bas seperti ini lebih berbaloi. Tengok gambar kokpitnya pun dan membuatkan kita ingin menjadi kanak-kanak balik.

GALERI

Google ads
Back to top button